Sunday 31 August 2014

Macam Mana Nak Berkesan Kalau Tak Tahu Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Betul?

Patut lah tidak berkesan, rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu cara betul makan vitamin Shaklee.

Vitamin adalah kategori makanan tambahan dan bukannya ubat, jadi ramai yang mengambil ringan cara pengambilan vitamin, dan merungut kerana tidak mendapat hasil yang diingini. Kesilapan ini boleh berpunca daripada diri sendiri yang tidak ambil tahu atau penjual yang tidak memberitahu. 

Sepanjang hampir 2 tahun saya mengamalkan suplemen, cara makan vitamin Shaklee yang betul adalah sangat penting untuk kesan yang diidamkan dan mengelakkan kesan sampingan akibat tindakan vitamin dengan makanan ataupun ubat hospital. Apa lagi jika anda ada penyakit tertentu yang tidak boleh makan suplemen tertentu. Kalau tak dapatkan nasihat yang betul, masalah pula nanti.

Setiap pengedar Shaklee atau apa-apa suplemen sepatutnya tahu cara makan yang betul dan boleh disesuaikan dengan jadual customer. Apatah lagi setiap orang mempunyai tahap kesihatan berbeza jadi mungkin dos vitamin juga pasti tidak sama.

Ada orang yang bekerja waktu siang dan mengadu sukar untuk makan vitamin pada waktu siang, jadinya langsung tak makan. Jangan macam tu, membazir je beli mahal-mahal. Sebenarnya pengambilan vitamin tiada waktu tertentu. Suka hati je bila nak makan, cuma ada beberapa vitamin yang disarankan diambil pada waktu tertentu untuk tujuan tertentu. 

Contohnya, vitamin B Complex atau Vitalea untuk lebih bertenaga, jadi jangan lah waktu malam, takut tak boleh tidur pula. Jika makan lecithin atau Omega Guard untuk menurunkan kolesterol, eloknya makan waktu malam sebab masa tu penghasilan kolesterol adalah giat berlaku. Vitamin A,D,E,K yang larut lemak elok diambil dengan makanan. Zink pula elok dimakan ketika perut kosong untuk penyerapan optimum.

Beberapa perkara asas berikut boleh dijadikan panduan dalam pengambilan vitamin.

MAKAN PAGI
Untuk memulakan hari, eloklah dengan vitamin atau suplemen yang boleh membekalkan tenaga. Barulah cergas sepanjang hari.

SEBELUM SARAPAN
Energizing Soy Protein
Cinch Shakes
Performance drink
Mealshakes

SELEPAS SARAPAN
Vitalea
B Complex
Vitamin C

KETIKA PERUT KOSONG
Zink sangat digalakkan pengambilan ketika perut kosong kerana penyerapannya lebih tinggi tanpa makanan.

Ostematrix pula boleh diambil ketika perut kosong atau dengan makanan. 

Untuk kedua-dua mineral diatas ramai yang menasihatkan supaya ambil sebelum tidur.

Pengambilan Vivix juga seeloknya sebelum tidur kerana menolong membaiki sel yang berlaku sewaktu kita tidur.

SELEPAS MAKAN 
Biasanya untuk makan tengahari dan malam kita akan ambil makanan berat dan berlemak. Vitamin ADEK, Omega Guard, Lecithin, Alfalfa, GLA sesuai diambil bersama makanan untuk penyerapan yang optimum.

GLA dengan vitamin E tidak sesuai diambil bersama. Jika anda memang makan begitu banyak vitamin, eloknya bahagikan antara makan tengahari dan makan malam.

Vitamin-vitamin yang tidak disebutkan boleh diambil selepas makan. Tidak ada masalah.

PANTANG
Air mesti minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Vitalea tidak boleh diambil serentak dengan ostematrik, ESP, Cinch Shakes dan Mealshakes terutamanya untuk ibu hamil kerana kalsium akan mengurangkan penyerapan zat besi.

Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa. 

Disebabkan tiada waktu khusus untuk pengambilan vitamin, sebab itu pentingnya untuk dapatkan konsultasi daripada ejen Shaklee anda kerana mungkin setiap ejen konsultasinya berbeza.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit

*COD sekitar Kajang -  Bangi

*Pos ke seluruh Malaysia