Wednesday 30 April 2014

Tips Berpantang Dengan Sihat

Sebagai orang perempuan, kita digalakkan menjaga kesihatan tubuh badan, tidak kira lah jika masih single mingle ataupun sudah berkahwin. Ini penting kerana kesihatan tubuh badan merupakan kunci kebahagiaan kita terutamanya jika sudah melahirkan. 

Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. 

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan memakan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan (betul ke?). 



Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memelihara kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menyebabkan ibu kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 


Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:

  1. tanah, yang bersifat kering
  2. api, bersifat panas
  3. udara, sejuk
  4. dan, air, bersifat basah
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut. 
Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa. 

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:

  1. bidan kampung
  2. pengasuh khusus
  3. emak sendiri atau ibu mertua
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. 






Kriteria yang boleh digunakan untuk menentukan pilihan produk bersalin ialah: 

Keperluan nutrisi ibu dan bayi

Secara keseluruhan set asas sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu yang penting untuk mengembalikan kecergasan dan mengawal emosi ibu supaya dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk bayi. Disamping itu, zink juga dapat membantu mencepatkan penyembuhan luka ibu.

Sekiranya ibu mempunyai masalah dalam penghasilan susu ibu, maka set 3M boleh dipertimbang kerana mengandungi ESP dan alfalfa yang digunakan sebagai penggalakan susu sejak zaman-berzaman.

Namun harus diingatkan, ibu yang berpenyakit SLE dilarang sama sekali mengambil alfalfa kerana menyebabkan simptom penyakit SLE. Pada awal kelahiran, jika bayi jaundis dinasihatkan ibu jangan dulu mengambil alfafa kerana ia bersifat panas dan boleh menyebabkan paras bilirubin meningkat.

Bagi ibu-ibu yang mengalami pertambahan berat yang berlebihan semasa hamil ingin cepat dapatkan bentuk badan sebelum mengandung, maka anda boleh dapatkan manfaat daripada set premium. Ditambah dengan ajen yang memecahkan lemak iaitu lecithin yang dapat membantu ibu mendapatkan berat badan idaman dengan lebih cepat, apatah mempunyai fungsi yang penting untuk perkembangan otak bayi dan ibu. Jika anda nak tahu, wanita mengandung cepat lupa, jadi lecithin boleh mengatasi masalah ini.

Kewangan

Dilema ibu-ibu untuk mencuba set besalin Shaklee ialah bila ada bayi perbelanjaan bertambah jadi agak sukar untuk membeli set bersalin ini. 

Jangan risau ibu kerana set ini boleh bertahan sehingga 4 bulan, bukannya tiap-tiap bulan kena beli. Sebenarnya khasiat yang ibu dan bayi dapat tidak terbanding dengan wang yang dilaburkan.  

Jika betul-betul mengalami kekangan kewangan saya cadangkan set menyusu bajet yang mengandungi ESP dan alfalfa. Gabungan 2 produk yang sangat hebat untuk membaiki sel badan dan alfalfa sangat bagus untuk detoks dan keintiman wanita. 

Satu lagi cara untuk mendapatkan produk dengan harga yang murah ialah dengan menjadi ahli Shaklee. Bukan sahaja dapat produk murah, malah dapat bonus pula tu. Siapa yang tak nak kan?

Akhir kata, mungkin tidak semua produk dalam mana-mana set diperlukan oleh anda, jadi adalah penting untuk mendapat konsultasi terbaik supaya anda tak menyesal kemudian hari. Jika anda menghubungi kami sekarang tentulah kami akan sarankan yang terbaik untuk keadaan anda kerana kami juga ibu seperti anda dan inginkan yang terbaik untuk diri dan bayi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Tuesday 29 April 2014

Elak Rabun

Jumlah orang yang mengalami masalah penglihatan kian meningkat ekoran gaya hidup yang tidak menentu. Mungkin ramai yang beranggapan memakai cermin mata merupakan satu trend tanpa menyedari kadang-kadang ia menyusahkan dan mendatangkan bahaya.

Sama ada anda rabun jauh, rabun dekat atau silau, anda perlu menjalankan pemeriksaan mata setiap tahun. Masalah penglihatan mata boleh dikesan seawal usia empat tahun. Terdapat empat jenis utama rabun iaitu Miopia, Hyperopia, Astigmatisme dan Presbiopia. Biar apa pun masalah penglihatan, ia boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.



Tabiat menonton kaca televisyen  terlampau dekat boleh menjadi punca kepada masalah penglihatan yang anda hadapi. Kesilapan ini bukan saja boleh menyebabkan anda rabun tetapi silau yang tinggi. Selain itu, masalah rabun boleh berlaku apabila anda melihat objek dekat terlalu lama. Ini menyebabkan bentuk mata anda tidak dapat kembali kepada bentuk asal dan sempurna.

Melihat objek dekat kurang daripada tujuh meter pun sudah memberi tekanan. Untuk mengatasi masalah ini, setiap 20 atau 30 minit melihat objek dekat, anda perlu melihat objek jauh dalam beberapa saat pula untuk bertujuan mengembalikan bentuk mata anda kepada bentuk asal. Ia juga membantu merehatkan mata dan otot mata anda.

Petua masalah penglihatan boleh dirawat dan dicegah dengan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A dan D seperti lobak merah, betik dan mangga. 

Sesekali, lakukan urutan mata:
  • di kening
  • tengah kening
  • di antara dua kening
  • di hujung mata
  • di bawah mata
Mulakan urutan dari tengah kening ke tengah, hujung mata dan ke bawah mata, seperti urutan separa bulat. Ini bertujuan untuk melancarkan peredaran darah ke mata.

Tutup kedua-dua belah mata. Letakkan jari telunjuk dan jari tengah pada tengah-tengah mata, dan tekan dengan lembut. Ini berupaya meregangkan otot mata.

Ambil minyak zaitun (olive oil), vitamin E oil ataupun Almond oil dan sapukan pada keliling mata.

Ambil 'eye supplemen' atau lain-lain makanan tambahan yang berkaitan. 


Anda juga boleh mengamalkan melihat tumbuhan hijau sebaik anda bangun pagi.

Penglihatan yang baik memberi banyak kebaikan buat anda apabila berada di sekolah mahupun universiti. Penglihatan yang baik pastinya tidak akan menyekat aktiviti luar yang anda mahu lakukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Rabun Silau

Rabun silau atau astigmatism ialah keadaan di mana objek jauh dan dekat yang dilihat akan kelihatan kabur. Ini terjadi kerana seseorang yang mengalami rabun silau, permukaan bahagian depan mata iaitu kornea tidak melengkung dengan betul dan permukaannya tidak rata. Ala-ala jalan raya yang berlopak dan berlubang, lebih kurang begitulah keadaannya.


Apabila sinar cahaya memasuki mata, sinar cahaya tersebut tidak fokus tepat pada kornea, maka terhasillah imej yang kabur. Rabun silau juga mungkin terjadi disebabkan kanta mata yang terletak di belakang kornea berbentuk tidak sekata...
Rabun silau boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa, ianya ialah perkara biasa dan tidak berjangkit.



Antara simptom rabun silau ialah :-
  • imej dekat dan jauh kelihatan kabur 
  • photophobia: sensitif pada cahaya -pening kepala 
  • sentiasa menutup mata 
  • ketegangan mata: berlaku lebih kerap jika membaca atau menghadap komputer dalam jangka masa yang panjang

Biasanya rabun silau adalah bersifat genetik, dengan erti kata lain sekiranya ibubapa ada rabun silau, anak-anak mereka pun berisiko mengalami rabun silau. Oleh sebab itu, haruslah selalu memantau perkembangan anak-anak. Jangan dibiarkan sehingga kadar rabun silau sudah tinggi barulah terhegeh-hegeh nak buat cermin mata.
Dengan pencegahan awal insyaAllah mampu mengawal rabun silau dari meningkat dengan pantas.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Saturday 26 April 2014

Rahsia Kulit Sihat, Cantik

Anda inginkan kulit yang cantik berseri tanpa cela? Pasti boleh, sekiranya anda menjaga kesihatan kulit setiap masa. 

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda. Kulit yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda, jadi jagalah ia dengan baik.


Tips penjagaan kulit muka berjerawat:
  1. Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan membasuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seelok-eloknya, gunakanlah sabun muka jenis pengawalan minyak.
  2. Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera. 
  3. Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu.)
  4. Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Terpulang kepada kulit individu.)
  5. Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu. 
  6. Mengamalkan sebiji sehari Sustained Release Vitamin C Shaklee. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung. 
Rahsia Penting untuk Kulit Cantik:
  1. TIDAK MEROKOK
    Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.
  2. REMAJA DARI DALAM
    Minum sekurang-kurangnya 3liter air kosong setiap hari, makan makanan yang seimbang dan lebihkan mengambil buah-buahan. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
  3. PENGELUPASAN KULIT
    Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses keremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.
  4.  PELEMBAP ANTIOKSIDAN
    Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.
  5. BERSENAM
    Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman. 
    Peluh menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Thursday 10 April 2014

Penawar Sakit Sendi




Memandangkan bulan April 2014 ini ada promosi beli 6 percuma 1 Ostematrix, maka ada baik nya jika saya bincangkan mengenai kebaikan Oste ini. Ada 1001 sebab untuk mencuba vitamin untuk sakit sendi ini lebih-lebih lagi pada waktu promosi hebat sebegini. Amat murah dan yang pastinya menjimatkan!

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, dan vitamin D. Dimudahkan cerita, jika seseorang itu kekurangan kalsium, sebagai kesannya dia boleh mengalami risiko osteoporosis, sengal kaki dan tulang belakang, mudah lesu, letih, dan kebas pada bahagian kaki atau tangan. Kepentingan vitamin D adalah ia membantu penyerapan kalsium dalam tubuh badan di mana ini akan mengelakkan penghasilan batu dalam ginjal. Magnesium penting dalam Ostematrix kerana ia memetabolismakan kalsium. Memang banyak kebaikannya.

Jika mengamalkan Ostematrix, anda akan mendapat tido yang lena. Bagi ibu yang menyusu bayi nya juga tidak akan merasa penat walaupun selalu berjaga setiap masa. Walaupun tempoh lena yang sekejap, tetapi anda akan berasa segar bila jaga dari tidur. 


Bagaimana Ostematrix membantu tidur yang lena?
Magnesium membantu kita mendapat tidur yang berkualiti, iaitu tidur yang benar-benar lena dan betul-betul merehatkan tubuh badan kita. Bayangkan, selama ini kita tidur dengan tidak lena, tidur-tidur ayam, menyebabkan rasa letih apabila jaga pada waktu pagi. Tetapi magnesium inilah yang akan membantu tubuh kita rehat dengan sebetulnya ketika tidur pada waktu malam. Dengan ini, tubuh kita akan mendapat rehat yang berkualiti, yang pastinya akan bangun pagi berasa segar dan bersemangat!

Kenapa perlu memilih kalsium yang ada magnesium?
Ini kerana kedua-duanya memainkan peranan penting memantapkan lagi penyerapan kalsium dalam tulang. Sebagai contohnya, kalsium menyebabkan penguncupan otot dan saluran manakala magnesium memberikan relaksi. Oleh sebab itu, gabungan kedua-duanya boleh membantu tekanan darah yang sihat dan degupan jantung yang stabil, serta mengelakkan kekejangan otot dan kesakitan.

Tubuh kita amat memerlukan kalsium. Apatah lagi kalsium boleh menjadi kurang dalam tubuh kita apabila kita mengambil minuman berkafein. Bagi menbantu penyerapan kalsium yang tinggi, mestilah ada vitamin D. Tanpa vitamin D, kalsium akan hilang dari badan kita. Sepertimana ia hilang melalui rambut yang gugur, kuku dan sebagainya. Oleh itu, pastikan kita mengambil kalsium setiap hari untuk menjaga pertumbuhan tulang dengan baik.

Ostematrix membantu sistem perkumuhan menjadi lawas, dan sesiapa yang mengalami masalah sembelit pasti akan merasai perubahannya. Ibu-ibu yang sedang berpantang juga boleh mengambil vitamin ini untuk membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit ketika berpantang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Monday 7 April 2014

Manfaat Vitamin B Complex


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.


Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.
  

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.
  

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789