Tuesday 9 June 2015

6 Tips Banyakkan Susu Badan

Satu faktor penting bagi ibu yang menyusu badan dan juga mengepam susu badan adalah bagaimana untuk memastikan susu badan sentiasa banyak. Terdapat beberapa sebab yang memberi kesan terhadap bekalan susu badan anda termasuklah kekerapan menyusu ataupun mengepam (iaitu konsep Demand dan Supply), diet sihat (makan makanan yang berkhasiat), umur anak, dan kadar hormon dalam badan. Di sini saya sertakan beberapa cara untuk meningkatkan pengeluaran susu badan




  • Supplements
Amat penting untuk mengambil supplements, kerana ia membantu mempengaruhi peningkatan kuantiti susu badan. Lagipun sekarang ini amatlah senang untuk mendapatkan supplements, boleh dapatkan sendiri de farmasi berdekatan anda. Selain itu, boleh juga dibeli secara online dari saya (selingan secara halus) kiranya ingin mengamalkan vitamin Shaklee. 

  • Kekal terhidrat
Dalam hal nak meningkatkan kuantiti susu badan, anda dinasihatkan agar minumlah banyak air. Kebanyakan ibu lebih selesa minum air putih kerana tiada kalori ataupun perisa tambahan. Ada juga sebahagian ibu yang mengamalkan minum air yang mengandungi elektrolit. 

  • Elak tekanan
Tekanan boleh menyumbang kepada penurunan kuantiti susu badan. Jika anda mengalami tekanan, adakalanya anda tidak mampu untuk mengepam susu mahupun menyusu badan meskipun ada susu dalam payudara anda. Jika anda rasakan berada dalam keadaan tertekan, ataupun keadaan sekeliling yang agak memberi tekanan, anda boleh cuba bertenang. Ambil masa beberapa minit untuk menarik nafas panjang-panjang dan kembali fokus. Bercakaplah dengan sahabat yang anda selesa untuk meluahkan perasaan. Anda juga boleh lakukan sesuatu untuk memanjakan diri, contohnya mengunjungi spa kecantikan.

  • Kerap menyusu dan mengepam
Konsep demand dan supply. Payudara hendaklah kosong dari susu jika ingin dipenuhi semula. Sebolehnya, pam lah secara kerap terutamanya ketika 3-5 bulan pertama. 

  • Urut payudara
Ini sepatutnya dilakukan setiap hari. Hanya sapu minyak kelapa ataupun losyen dan urut secara circular motion. Lakukan secara perlahan agar tidak merosakkan kelenjar susu. 
  • Power pumping
Tambahan kepada aktiviti mengepam normal/menyusu untuk meningkatkan kuantiti susu badan. Selepas menyusu badan atau mengepam, tunggu selama 10 minit dan teruskan mengepam selama 30 minit. Badan anda akan mendapat signal bahawa anda perlukan bekalan susu yang lebih dari biasa. Akan mengambil masa 2-3 hari untuk melihat perbezaan dari kaedah ini.


Selamat mencuba, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789