Friday 5 September 2014

Kesan Minuman Sejuk Pada Enzim Pencernaan


Selalu kan kita dilarang untuk minum air sejuk? Terutama selepas makan? Bahaya kah?

Sebenarnya tiada masalah kalau anda tak mengalami masalah dengan sistem pencernaan.


PENGHADAMAN


Sebaliknya, kalau ada masalah pencernaan, elakkan minum air yang sejuk atau berais sebaik saja selepas makan.

 Ini kerana air yang sejuk menjadikan enzim pencernaan di dalam mulut dan perut berhenti berfungsi. 

Enzim ini berfungsi dengan baik pada suhu badan.

Minumlah air suam selepas makan ya!

Jagalah diri dan kesihatan kita demi hidup yang lebih berkualiti.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Wednesday 3 September 2014

Sembelit Dan Kanak-Kanak

Sembelit bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak didiagnos berdasarkan jumlah hari tidak buang air besar. Malah jika kanak-kanak itu tidak mengalami tanda-tanda sembelit, tidak membuang air besar selama 3 hari dianggap normal.

Antara tanda-tanda bayi atau kanak-kanak mengalami sembelit adalah kerap menangis, menunjukkan wajah yang tidak selesa. 
 
Ini bukan Umar,gaya rambut hampir sama.

Mereka juga mungkin cuba meneran. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, mungkin mereka mengadu sakit atau muka kelihatan meneran ketika membuang air besar. Selain daripada itu kentut dan najis mereka juga berbau lebih busuk.

Jika masalah diatas tidak diatasi segera, mungkin menyebabkan kanak-kanak hilang selera makan, perut kembung dan kerap muntah. 

Kerisauan melanda ibu-ibu yang anaknya baru beberapa hari tidak membuang air besar. Sekiranya bayi diberi susu ibu sepenuhnya, kebanyakan kes adalah normal kerana bayi menyerap semua nutrien daripada susu ibu. Bila patut bertindak? Bila ada simptom-simptom di atas dan perut bayi mula kembung dan membuncit.

Jika bayi diberi susu formula, bayi mungkin akan mengalami sembelit kerana susu formula sukar dihadam berbanding susu ibu. Jika bayi anda mengalami sembelit, mungkin dia tidak sesuai dengan susu itu.

Bagi ibu yang memulakan makanan separa pejal terlalu awal kepada bayi mungkin mendapati bayi mereka sembelit kerana sistem penghadaman mereka belum cukup matang untuk menghadam makanan. Bagi bayi yang berusia 6 bulan pula, mungkin dipermulaan makanan separa pejal juga mereka mengalami masalah sembelit. Jadi, adalah penting untuk ibu-ibu memastikan makanan yang hendak diberi kepada bayi adalah mudah dihadam.

Ada juga bayi atau kanak-kanak yang demam atau kurang selera makan mengalami sembelit. Ini disebabkan kekurangan air dalam badan mereka. Jadi ibu bapa boleh memujuk mereka minum air, atau kalau keadaan menjadi semakin buruk mungkin perlu bawa ke klinik atau hospital, mungkin perlu masuk air melalui salur darah.

Tidak dinafikan ada bayi yang mengalami masalah sembelit lebih awal kerana masalah congenital (kecacatan semasa lahir) iaitu Hirschsprung's disease iaitu ketiadaan saraf pada satu bahagian usus menyebabkan  pergerakan usus yan tidak normal dan lubang dubur menjadi ketat. Namun penyakit ini dapat dikesan diawal kelahiran, apabila bayi tidak membuang air besar dalam 2 hari pertama. Walaupun beberapa kes yang ringan tidak dikesan diperingkat awal, namun jika anak anda mengalami sembelit dan menjadi semakin teruk, membawanya ke klinik untuk diperiksa adalah satu langkah yang bijak.

Masalah kekurangan hormon thyroid juga dikaitkan dengan sembelit, namun bagi bayi-bayi di Malaysia ujian ini dilakukan sebaik sahaja mereka lahir. Namun, jika anak anda hypothyroid dia mungkin mempunyai simptom lain yang berkaitan.

Apa ubat yang sesuai untuk bayi sembelit?

Ramai sebenar risau untuk memberi ubat kepada bayi. Ya memang tidak banyak pilihan ubat sembelit untuk bayi. Satu-satunya ubat ialah lactulose. Jika bayi berusia kurang daripda setahun, dosnya bergantung kepada berat bayi. Jadi sebaiknya anda berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat walaupun ubat ini boleh didapati dari mana-mana farmasi.
Namun, lactulose tidak boleh diberi kepada anak yang alah kepada lactose

Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan ubat, bolehlah mencuba langkah-langkah berikut:-

✗Baringkan bayi, gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal. Aktiviti ini akan merangsang pergerakan usus bayi. Sebaiknya gerakan ini dibuat setiap hari

 Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas, boleh dikisar jus lobak merah, jus betik, jus prun atau pisang untuk menambahkan serat dalam makanan. Namun, bagi kanak-kanak berusia kurang setahun, janganlah diberi terlalu banyak, 1 oz sudah mencukupi dan cuba perbanyakkan pemberian air masak.

 Bagi anak berusia setahun ke atas pula, anda boleh mencuba Mealshakes yang mengandungi semua nutrien penting untuk kesihatan anak juga.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789