Wednesday 16 March 2016

Kepentingan Detox

Pernah dengar perkataan detoksifikasi? Atau pun detox? Selalu sahaja ramai yang menyebut mengenai detox. Apakah kepentingan detox dan mengapa perlunya detoksifikasi kepada tubuh badan?

Perhatikan sahaja tabiat pemakanan dan gaya hidup kita. Kita sebenarnya sering terdedah kepada bahan-bahan pencemaran. Ditambah lagi dengan minat terhadap makanan segera, merokok, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar dengan bahan-bahan kimia. Inilah punca yang boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu.




Sistem imunisasi badan yang lemah akan mengakibatkan kuasa melawan penyakit, menurun. Keadaan ini boleh menjadi punca pengumpulan toksin dalam badan kita. Cuba bayangkan, badan kita terkumpul toksin dari sehari ke sehari tanpa dibersihkan.

Apakah  itu Detox?

Detox adalah nyahtoksin badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksin dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'. Kebiasaannya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan.

Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semula jadi, kita akan lebih terdedah kepada pebagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan pergerakan usus, dan juga kembung. Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam, selsema dan elergi.

Usus dan hati adalah organ manusia yang terlibat semasa proses detox. Segala penyerapan nutrient kita berlaku di usus  dan bukannya di perut. Tugas perut hanyalah untuk digest makanan supaya jadi lumat. Segala vitamin dan mineral yang kita ambil,  akan diserap melalui usus kecil dan dibawa ke salur darah kita.

 



Tidak pernah melakukan nyahtoksin atau detox tubuh badan kita? Segala kekotoran akan melekat pada usus kecil, jika kita tidak membersihkan usus, lama-kelamaan ia akan menjadi kotor. 

Kelebihan Detox 
  1.  Beri tenaga dan fokus
  1. Berat badan yang sihat
  1. Kulit yang sihat dan lebih segar
  1. Kesihatan bertambah baik
  1. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
Apakah itu Toksin?  
Toksik ada di sekeliling kita. Berpunca daripada pencemaran, asap rokok, asap kenderaan, debu-debu di jalanan, habuk yang berterbangan di udara, sabun pencuci, bahan makanan dan minuman yang telah dicampur dengan bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dan sebagainya. 

Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Tanda-tanda anda perlu Detox

Adakah anda mengalami masalah-masalah ini. Antara masalah yang sering dialami akibat daripada pengumpulan toksin yang berlebihan adalah seperti berikut :- 
  1.  Sembelit
  1. Sakit kepala
  1. Letih dan tidak bertenaga
  1. Kembung perut
  1. Nafas berbau
  1. Perut berlipat
  1. Nafsu makan berlebihan
  1. Kulit kusam, berminyak, dan berjerawat
  1. Selulit
  1. Daya ketahanan badan yang rendah
Jika anda sering mengalami keadaan di atas, carilah jalan dan ikhtiarkan untuk detox.

Kenapa kita perlu detox? 

Setiap hari kita terdedah kepada radikal bebas, pencemaran udara, racun serangga perosak, pengambilan ubat-ubatan, stress, merokok, terdedah kepada asap rokok, makanan yang diproses dan juga pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan longgokan toksin banyak terkumpul dalam tubuh badan kita. 

Sepanjang proses detoksifikasi, organ dalaman membuang toksin berbahaya yang terkumpul di dalam badan kita setelah sekian lama. Jangan salah sangka, walaupun seseorang itu kelihatan kurus dan sihat, tidak semestinya badannya tidak mempunyai toksin. 

Pendedahan kepada pencemaran menyebabkan tubuh badan kita mengumpul toksin yang tidak berguna dan sekiranya tidak melakukan detox, toksin yang terkumpul boleh meninggalkan kesan yang buruk pada badan.

Detox akan membantu menyingkirkan bahan-bahan yang tidak berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Jika toksin tidak dihapuskan, boleh menyebabkan kerosakan dalam badan dan berpotensi menyumbang kepada pelbagai gejala dan penyakit kronik. 

Bagaimana nak Detox?

1. Minum air kosong 
 
Kita semua tahu kuasa air. Kuasa air dapat melembutkan batu yang keras. Begitu juga kuasa air kepada sistem tubuh badan manusia. Minum air kosong yang banyak dapat membersihkan buah pinggang daripada segala toksin. Oleh sebab itu, petua orang tua-tua, sejurus selepas bangun tidur pagi, digalakkan meminum segelas air putih. Di samping untuk awet muda dapat membersihkan buah pinggang kita.

Bayangkan, kita cuma ada sepasang buah pinggang. Dengan hanya sepasang buah pinggang itu juga, memproses segala makanan yang kita makan, ditambah pula dengan toksin yang kita perolehi daripada persekitaran, sudah cukup untuk membebankan buah pinggang. 

Jika seseorang hanya minum sedikit air sahaja, buah pinggang akan berfungsi pada kadar yang kurang cekap dan ini boleh menjejaskan fungsi hati yang berperanan menghasilkan metabolisme. Ini akan menyebabkan kadar pembakaran lemak badan berkurangan, menyebabkan lemak semakin terkumpul di dalam tubuh badan. 

Oleh itu, minumlah lebih banyak air untuk mendapatkan banyak manfaat kesihatan dan kulit juga akan semakin baik. Berapa kandungan air perlu diminum adalah bergantung kepada berat badan anda. Katakanlah berat badan anda ialah 60kg, maka pengiraan keperluan air adalah begini :


60kg (Berat badan) x 40 = 2400 ml /2.4 Liter

2. Berpuasa

Detox juga oleh dilakukan dengan berpuasa. Kaedah ini dapat membantu badan menjalankan proses membuang toksin secara alami. 

3. Sayuran/Buahan/Makanan organik

Lebihkan memakan sayur-sayuran kampung sepert ulam-ulaman dan buah-buahan sebagai agen detox secara semulajadi.



 
4. Bersenam secara kerap


Senaman akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh yang seterusnya membantu pembakaran lemak. Ini bukan hanya akan memperbaiki perjalanan darah, malahan membantu meningkatkan semangat anda. Bersenamlah secara kerap selama 30 minit, 3 hingga 5 kali seminggu untuk kebaikan maksimum kesihatan anda.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com

SMS / Whatsapp 018-2911768


SID: 1098789