Monday 27 October 2014

Bengkung Untuk Cantik Langsing Selepas Bersalin

Berpantang selepas bersalin merupakan pengalaman yang penuh dengan kisah pahit dan manis nya, berbeza-beza bagi setiap individu, Namun, setiap wanita Melyu bersalin kebanyakannya masih tetap gigih menjalani tempoh berpantang selama 44 hari. Mereka sanggup menempuhinya meskipun penuh dengan cabaran. Kerana apa? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapat kembali bentuk badan yang asal, bahkan mereka akan menjadi sihat dan cergas seperti sediakala, tampil jelita dan mampu menarik minat suami tercinta.

Terdapat beberapa amalan berpantang yang penting yang masih dilakukan sehingga ke hari ini, akan tetapi amalan berbengkung merupakan yang paling diutamakan.

kehamilan dan kelahiran menganggu bentuk badan wanita dan boleh dikatakan semua otot mereka, tulang, urat, sendi, bertukar keadaannya dan menjadi sedikit berkembang dan bengkak. Keadaan ini disebabkan oleh hormon ketika hamil. Pemakaian bengkung boleh mengempiskan perut, disamping itu ia juga membantu mengecutkan rahim yang bengkak dan merapatkan faraj yang longgar dan regang akibat proses kelahiran.

Antara Faedah-faedah Berbengkung:

  1. Mengempiskan perut, menyokong potongan badan kembali kepada bentuk asal.
  2. Mengurangkan berat badan.
  3. Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
  4. Memecahkan lemak dan selulit
  5. Melindungi organ dalaman, membolehkannya cepat kecut dan kembali ke tempat asal (peranakan)
  6. Menggalakkan postur yang baik (banyak membantu ketika penyusuan)
  7. Mencegah aktiviti makan berlebihan 
Secara tradisionalnya, bengkung dijahit oleh ibu untuk anaknya yang hamil. Tetapi kini, bengkung boleh didapati di kedai-kedai tertentu. 

Malahan ada yang dijual secara online. Terdapat bengkung ringkas, iaitu bengkung barut yang sama seperti barut untuk bayi dan kanak-kanak. 

Ada juga bengkung moden yang senang dipakai, bentuknya lebar dak diikat secara berselang-seli dari bawah ke atas. 

Tidak lupa juga bengkung Jawa atau dipanggil juga bengkung lilit. Ia merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dan dililit kemas pada badan.

Pilihlah bengkung yang berkualiti agar boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari agar tidak terurai hinggalah waktu mandi petang. Bengkung sepatutnya dipakai sepanjang waktu (siang dan malam), namun pada masa kini kebanyakan kaun hawa memilih untuk memakai bengkung selama beberapa jam sahaja.

Pemakaiannya haruslah betul. Bermula dari bawah dan menutupi abdomen dan diikat ketat hingga ke bawah payudara. Bengkung haruslah  tidak terlalu pendek kerana dikhuatiri menjejaskan pemulihan rahim.Pemakaian bengkung yang terlalu pendek dan tidak ketat  akan menolak rahim ke bawah.

Apabila memakai bengkung:

  • Lapiklah bengkung dengan kain lain agar tidak kotor, alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
  • Sapukan minyak dengan ramuan herba (sapu di bahagian perut dan juga belakang).
  • Sekiranya sukar mendapatkan daun-daunan herba, boleh digantikan penggunaannya dengan krim bengkung (boleh didapati di kedai)
Sepatutnya, berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan lain kebiasaannya seperti bertungku, berurut, makan jamu, dan juga mandi herba melengkapkan amalan berpantang. Sekiranya diamalkan dengan betul, amalan berpantang banyak membantu ibu baru bersalin mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.

Tempoh berpantang selama 44 hari ini amat lama bagi kaum wanita. Bantuan kaum keluarga dan si Ayah juga memainkan peranan penting agar dapatlah mereka menjalani amalan berpantang dengan aman dalam usaha untuk kembali sihat seperti sediakala.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Thursday 23 October 2014

Menyusu Badan, Punca Bayi Bijak

Memberi susu badan kepada bayi anda adalah amat menyihatkan. Penyusuan badan mempunyai banyak faedah untuk kedua si ibu dan juga bayinya. Ia merupakan permulaan terbaik untuk bayi anda. Lebih-lebih lagi susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam tempoh enam bulan pertama kehidupannya. 

Susu ibu memang tiada apa-apa kelemahan! Manfaat nutrisi susu ibu memang tidak dapat dipersoalkan. Ia mengandungi lemak asid dan protein yang amat penting untuk pertumbuhan sel dan tisu bayi anda.

Susu ibu mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi dalam tempoh enam bulan pertama. Tambahan pula, ia melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan penyakit. Penyusuan badan banyak membantu bayi anda melawan infeksi atau jangkitan semasa bulan-bulan pertama kehidupan. 

Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroentritis), selsema, infeksi urinari, dan juga jangkitan telinga. Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Pendek kata, susu ibu melindungi bayi anda dalam pelbagai cara. 

Selain daripada memelihara dan melindungi bayi anda dari sebarang jangkitan, menyusu badan mempunyai lebih banyak manfaat. Penyusuan badan membekalkan makanan secara praktikal. Di samping itu, menyusu badan membuatkan bayi anda terasa hangat dan selamat. Bayi anda pasti akan berasa selamat apabila berada dalam pelukan ibunya. Keadaan yang selesa ini akan membuatkannya tenang gembira.

Selain manfaatnya dari segi kesihatan, menyusu badan amat praktikal. Bayangkan, anda dapat membawa susu anda  ke mana sahaja anda pergi. Susu badan juga sentiasa berada pada suhu yang optimum, malahan ianya percuma! Menyusu badan amatlah mudah. Tiada apa untuk dicuci, disteril, ataupun disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, anda pula pasti merasakan satu kepuasan melihat dia berkembang dan membesar dengan sihat.




Menyusu badan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kebanyakan ibu-ibu baru terkejut kerana memberi susu badan tidaklah semudah yang disangka. Ia mungkin memakan sedikit masa untuk berfungsi. Ini kerana ibu perlu menyesuaikan diri untuk menyusu dan sentiasa bersedia seperti restoran 24 jam. Bayi pula perlu mendapatkan teknik menyusu yang betul. Ini adalah masalah awal yang menyebabkan kesakitan pada bahagian puting payudara. 

Oleh sebab itulah, menyusu badan dianggap sebagai seni yang harus dipelajari. Ia memerlukan ketenangan, masa, dan kesabaran. Kebanyakan ibu bapa memerlukan dua sehingga tiga minggu untuk menyesuaikan diri. Selepas itu barulah menyusu badan akan menjadi rutin yang menyeronokkan.




Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Wednesday 22 October 2014

Saya Adalah Pengedar Vitamin Shaklee.

Pada awal pembabitan saya dengan vitamin Shaklee adalah kerana niat saya ingin menyusukan bayi pertama. Di awal kelahiran Umar, saya hanya seorang pembeli vitamin ini. Saya mengambil set menyusu, tapi bila diambil secara berterusan, saya perhatikan kulit tidak lagi kering malahan semakin lembut. 

Namun, akibat terlalu gembira dan puas hati dengan kesan vitamin berkenaan, saya mendaftar sebagai seorang pengedar Shaklee, yang juga dikenali sebagai SID (Shaklee Independant Distributor). Saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Bandar Baru Bangi, dan juga Kajang. 


Kepada sesiapa yang tinggal di luar dari kawasan di atas, saya masih akan memberikan khidmat secara pos. Jadi tidak timbul masalah dari segi jarak tidak kiralah di mana saja anda berada. Selagi berkesempatan, saya akan tetap berkhidmat.

Saya adalah pengedar Shaklee, jika ada sebarang soalan mengenai vitamin-vitamin semulajadi ini, silakan menghubungi saya. 



Vitamin Shaklee sesuai untuk sesiapa sahaja, tidak kira usia mahupun jantina. Sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan dari segi luaran dan dalaman, bolehlah mencuba vitamin Shaklee. Ramai yang sudah berpuas hati!


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Saturday 18 October 2014

Sediakan Diri Untuk Menyusui si Kecil Tersayang.

Setiap ibu pasti ingin menyusui sendiri bayi mereka, bukan? Tidak kiralah ibu yang baru bersalin pertama kali, mahupun yang pernah melalui saat melahirkan itu berkali-kali. Saya juga mempunyai naluri yang sama bila memikirkan kesihatan bayi yang masih kecil dan paling memerlukan sebaik-baik khasiat untuk membantu pertumbuhan minda dan tubuh mereka. Perasaan yang amat indah bila dapat menyusui bayi, sehingga mereka terlelap kekenyangan. Bila bayi gembira, ibu-ibu lah yang paling berasa bahagia.



Bagaimana untuk memastikan kita bersedia untuk menyusui bayi?

Belajarlah sebanyak mungkin mengenai penyusuan badan sebelum bayi anda lahir, terutama kepada yang bakal menjadi ibu. Bagi ibu-ibu yang sudah berpengalaman, juga tidak salah jika ingin menambahkan lagi pengetahuan mengenai kaedah penyusuan badan ini. Antara cara yang boleh dicuba adalah:-

  • Berbincang dengan ibu menyusu yang lain
  • Bacalah buku yang berkaitan untuk membiasakan diri
  • Hubungilah organisasi sokongan penyusuan badan berdekatan tempat anda
  • Sertai kelas penyusuan ataupun sesi persediaan penyusuan badan (kebanyakannya dianjurkan di hospital)
Semakin banyak pengetahuan anda mengenai kaedah penyusuan badan ini dan faedahnya, semakin senanglah untuk anda menjayakan sesi-sesi penyusuan bila si kecil anda tiba nanti.


Sama ada anda memikirkannya ataupun tida, badan anda pada ketika ini sedang bersiap-sedia untuk penyusuan badan. Oleh kerana itulah, jika anda perhatikan, saiz payudara menjadi begitu besar ketika hamil.

Ketika ini, duktus susu dan sel penghasilan susu anda sedang berkembang, dan lebih banyak darah mengalir ke payudara berbanding sebelumnya. Namun begitu, saiz payudara tidak ada kaitan dengan keupayaan menyusukan dengan berjaya. Walaupun payudara anda kekal kecil, ia tidak akan mengurangkan peluang anda untuk menyusukan anak anda sendiri. 

Yang penting adalah usaha dan keinginan yang utuh untuk memberikan khasiat terbaik untuk bayi anda dengan memberinya susu badan.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789