Saturday 12 November 2016

Tips Kurus Secara Sihat

Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana cara makan Lecithin untuk kurus.

Ramai yang mengadu makan Lecithin tetapi masih belum berkurangan berat badan.

Waktu paling sesuai untuk memakan Lecithin adalah sebelum anda makan makanan berat.

Ini kerana Lecithin membantu menghuraikan dan memecahkan lemak.

Sebelum makanan masuk, Lecithin akan bertindak sebagai perangkap lemak, oleh sebab itu ia mampu menghuraikan lemak yang masuk ke dalam badan dan belum hadam (lemak halus).

Mulai sekarang, anda boleh makan Lecithin sebelum makan ya!


Jika tidak berkesan, mungkin anda boleh cuba tambah dengan Alfalfa Complex.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 013 668 9902
SID: 1098789

Friday 11 November 2016

Penawar Gastrik Lagi

Tahukah anda bahawa alfalfa mampu menghilangkan sakit gastrik?

Bagaimana?

Alfalfa mengandungi fiber tinggi. Ia memberi kesan terhadap penghadaman dengan elok. Ia juga bertindak menghalang angin dan pedih ulu hati.

Banyak orang sakit gastrik yang berkurangan kesakitannya dengan pengambilan Alfalfa dan Energizing Soy Protein secara konsisten. Mereka sangat berpuas hati dengan hasilnya.





Anda, bila lagi?

Dari hanya kurang 10 sen sebiji alfalfa semulajadi yang tiada kesan sampingan.

Siapa tak mahu kan?


Rugilah... Kalau tak mahu mencuba!

Bulan ni boleh jimat lagi dengan promosi belian 4 pada harga 3.


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

Email: norliazirajusoh@mail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

Thursday 27 October 2016

Penawar Gastrik

Ada sesiapa yang menderita akibat gastrik?

Sakitnya rasa macam tidak boleh nak luah.

Setiap hari boleh dikatakan mesti ada orang pergi ke klinik disebabkan gastrik. Ramai sangat, boleh tahan juga lah! Sama ramai dengan orang selsema. Sekali tengok dah macam musim selsema pun iya juga.

Saya pun pernah mengalami gastrik dahulu nya. Tak sanggup dah rasanya nak mengalami lagi. Cukup lah dengan apa yang pernah dirasa. Ubat gastrik tu teguk macam air je. Bila datang senak ulu hati, nak duduk pun tak boleh!

Perhatian: Pengambilan ubat tahan sakit berpanjangan boleh meningkatkan risiko pendarahan dalam perut dan ketagihan.

Sesiapa yang ada gastrik saya syorkan untuk mengambil ESP Shaklee .


KENAPA?

ESP Shaklee ialah makanan yang mengandungi indeks glisemiks rendah.

Maksud indeks glisemiks senang dihuraikan dengan tahap cepat lapar dengan lambat lapar. Kalau makanan rendah glisemik indeks, maka lambatlah datangnya rasa lapar.

Indeks glisemiks rendah:

✔ tenaga digunakan sedikit demi sedikit

✔ merasa kenyang lebih masa

✔ makanan yang diambil lebih sedikit berbanding biasa.

Jadi,perut akan rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

Saya sudah cuba, jomla rasa sekali kehebatan ESP Shaklee.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID:1098789

Wednesday 26 October 2016

Manfaat ESP Shaklee

Bayangkan jika ada makanan yang boleh melakukan ini:-

1- Meningkatkan tenaga dengan kadar segera

2- Membantu mengurangkan risiko penyakit kanser

3- Membantu mengawal paras hormon dan mengurangkan simptom menopaus

4- Mengurangkan risiko penyakit jantung

5- Mencegah pembentukan batu karang hempedu

6- Membantu menurunkan berat badan

7- Membekalkan protein yang berkualiti tanpa kolesterol.

Ada lebih 1,500 kajian yang dijalankan dan menyokong manfaat makanan ini sedangkan hanya beberapa kajian negatif yang menunjukkan bahawa apabila makanan ini diubahsuai ia akan membahayakan kesihatan.

Makanan tersebut ialah soya.

Shaklee ialah syarikat pertama mengeluarkan protein berasaskan soya sejak 1970-an.

Yang juga merupakan satu-satunya protein isolate.

Lebih daripada 90% soya di pasaran diubah genetiknya tapi Shaklee menjamin 100% soyanya adalah non-GMO.

Kacang soya Shaklee diproses menggunakan air pada suhu yang rendah untuk mengekalkan khasiatnya.

ESP Shaklee adalah antara pilihan protein terbaik.

Jom cukupkan keperluan protein harian dengan ESP.


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

Saturday 22 October 2016

Vitamin Yang Penting Untuk Ibu Hamil

Kehamilan merupakan satu tempoh yang penting bagi suami dan isteri. Kedua-dua nya pasti teruja untuk menerima kehadiran cahayamata.

Fasa kehamilan bukanlah satu perkara biasa bagi seorang wanita. Emosi dan fizikalnya mulai mengalami perubahan. Begitu juga keperluan nutrisinya yang semakin bertambah untuk menampung janin yang sedang membesar.



Tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin sendiri (kecuali vitamin D dari cahaya matahari). Oleh sebab itu, kita perlukan bekalan vitamin daripada apa yang kita makan.

Kebiasaannya, ibu-ibu hamil akan diberi vitamin tambahan oleh klinik. Vitamin- vitamin ini adalah penting kepada ibu dan untuk perkembangan bayi.

Vitamin dan nutrien penting untuk ibu hamil:

1- Zat Besi

Seorang ibu hamil mengepam labih banyak darah ke seluruh badan. Kandungan darah ibu hamil adalah 50% lebih daripada biasa. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Amat lah bahaya terhadap ibu dan kandungannya sendiri jika kekurangan sel darah merah yang mana boleh menyebabkan anemia.

2- B Complex

Ibu hamil sangat memerlukan 7 nutrien dalam B Complex, terutamanya Asid Folik bagi tumbesaran bayi yang sempurna. B Complex adalah penting untuk pemeliharaan sel darah merah dan juga sistem saraf.

3- Vitamin C

Vitamin C sangat penting dalam penyerapan zat besi. Si ibu tetap berpotensi  mendapat anemia walaupun ibu mengambil zat besi tanpa Vitamin C.

4- Minyak Ikan

Minyak ikan sudah diketahui umum sangat penting untuk kesihatan otak, dan juga sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan sangat penting untuk tindakbalas hormon.

5- Kalsium

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah pada tulang dan otot. Ibu hamil yang kekurangan kalsium berisiko mengalami sakit-sakit tulang dan juga kekejangan otot.

6- Protein

Protein merupakan nutrisi yang sangat penting. Ia adalah blok binaan bagi sel-sel badan kita. Protein yang sihat membina sel badan yang sihat serta otot yang sihat. Otot yang sihat mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan.


Sayangilah diri anda!

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

Friday 21 October 2016

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia Adalah Omega Guard!

Minyak ikan tulen yang merupakan antara produk tersohor Shaklee!

Tersohor dengan manfaatnya yang pelbagai:-

-Berkesan untuk kecerdasan minda.
-Berperanan penting untuk menyingkirkan lemak jahat.
-Memelihara fungsi-fungsi sendi

Kenapa saya katakan, Omega Guard sebagai minyak ikan terbaik di dunia?

Ini kerana minyak ikan Shaklee dihasilkan melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal yang mana menyingkirkan  plumbum, merkuri, dan bermacam-macam lagi bahan kimia industri yang sangat berbahaya.

Sedang elok dengan promosi Omega Guard untuk Oktober 2016.




Dapatkan Omega Guard Twin Pack ataupun percuma 1 botol dengan setiap pembelian 6 botol. Anda juga boleh mengumpul point sekiranya mendaftar sebagai ahli.

Anda belum pernah mencuba Omega Guard?
Saya syorkan anda cuba hari ini.

Sayangilah diri kita!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

Monday 3 October 2016

Petua Orang Dulu-dulu

Orang tua memang ada banyak sangat petua. Kebanyakan petua nya pun boleh diamalkan tanpa perlu berbelanja besar. Hari ini saya ingin kongsikan beberapa petua yang mungkin berfaedah untuk anda.

Sihat tubuh badan

Kebiasaannya apabila mempunyai aktiviti pada sebelah pagi, pastinya awal-awal pagi lagi kita sudah bangkit dari tidur. Setelah siap mendirikan solat Subuh (bagi yang beragama Islam), seeloknya cuba lah untuk melakukan senaman ringan.

Hiruplah udara segar di luar rumah dan jika ada laman yang berumput, amalkan berjalan tanpa memakai kasut ataupun selipar. orang tua biasa panggil aktiviti ini sebagai 'mandi embun'.




Mudah Bangun Pagi

Anda inidividu yang sukar bangun pagi? Pertama sekali, pastikan anda tidur pada waktunya. Ketika usia belasan tahun, anda perlukan tujuh sehingga lapan jam tidur.

Selain itu, anda boleh cuba menepuk bantal sebanyak tiga kali sebelum tidur, sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan berniat di dalam hati untuk bangun pagi.

InsyaAllah, anda akan terjaga dengan sendiri pada esok pagi.



Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buang bijinya. Kemudian, makanlah buah limau berkenaan beserta kulitnya. Amalkan setiap hari.




Menghilangkan Bau Ketiak

Cuba lakukan ini setiap hari ketika mandi. Sambil mencangkung, gosokkan ketiak di kepala lutut. Selain itu, sapu belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak setiap kali selepas mandi.

Saya lebih senang amalkan mengambil supplement Shaklee iaitu Alfalfa Complex.




Menghilangkan Ketuat

Lebih senang jika anda ada pokok betik di rumah, masalah ketuat dapat diselesaikan dengan mudah. Petik pelepah betik dan titiskan getahnya pada pelepah itu ke atas ketuat.

Biarkan ia kering sendiri. Ulangkan beberapa kali selama beberapa hari, ketuat akan mengering dan gugur sendiri.




Kasut Berbau

Ramai mengalami keadaan ini yang mana peluh pada kaki akan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan pada kasut. Oleh sebab itu kita digalakkan memakai stokin.

Anda juga boleh menggumpalkan surat khabar lama dan memasukkannya ke dalam kasut bagi mengeringkan bahagian dalamannya, sekaligus mengurangkan bau busuk.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Seperti yang dikatakan, semua petua di atas adalah senang dan murah malahan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Emel: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

Saturday 1 October 2016

Faedah dan Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Protein berasal daripada perkataan Greek, iaitu PROTOS yang mempunyai maksud 'The first' manakala badan kita terdiri daripada:-
  • 66% air
  • 25% protein
  • 8% lemak
  • 1% kombinasi mineral dan vitamin
Manusia memerlukan protein untuk pertumbuhan badan. Protein adalah perkara asas yang diperlukan oleh sel-sel dan organ di dalam badan. Sel adalah struktur asas badan manusia. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan sebagai kunci kesihatan yang optimum untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi, dan neurotransmitter.

Tahukah anda, bahawa kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah berasal daripada protein?

Badan kita terdiri daripada lebih kurang 75 trillion sel. Sel ini penting untuk:-
  • sel membentuk tisu
  • tisu membentuk organ
  • organ membentuk sistem badan
  • sistem yang bergerak bersama, mewujudkan seorang manusia
Kesemua ini bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti:-
  •  membina sel-sel baru
  • menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu yang baru
  • menggantikan tisu-tisu yang cedera atau rosak dengan tisu-tisu yang baru
Boleh dilihat dan difahamikan, kenapa protein penting kepada tubuh badan kita?


Ini adalah Energizing Soy Protein Shaklee atau lebih dikenali dengan nama ESP Shaklee.

ESP Shaklee diiktiraf di seluruh dunia. Sebabnya, ia diuji secara klinikal dan kualiti protein nya yang tinggi serta diperbuat daripada tumbuhan yang ditanam secara organik.

Kelebihan ESP berbanding produk soya yang lain adalah, ia dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (iaitu kacang yang tidak diubahsuai secara genetik) dan ia adalah concentrated, yang mana 1kg ESP diperbuat daripada 30kg kacang soya asli.

ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ESP juga merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Protein kacang soya, adalah 2X lebih tinggi daripada daging, 4X lebih tinggi daripada telur, dan 12X lebih tinggi daripada susu.

Apa yang lebih bagus tentang ESP adalah, ianya rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap olh tubuh badan. Oleh sebab itu, ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur, sama ada tua atau pun muda.

Apakah faedah kepada pengguna yang mengamalkan ESP secara konsisten?

  • Kekal muda. Kenapa? Kerana asid amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein badan, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit.
  • Mengandungi hormon yang berasaskan tumbuhan semulajadi. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Membantu memulihkan fungsi prostat lelaki. Genistein dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat dan keupayaan seksual lelaki terpelihara.
  • Mencantikkan dan menganjalkan kulit. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Memulihkan pigmentasi. ESP melambatkan  proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memberi tenaga segera. ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. Oleh sebab itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan sebagainya.
  • Membantu menguatkan memori kesan daripada pemulihan sel badan dengan protein yang mencukupi.
Itulah faedah-faedah ESP Shaklee, protein yang bermutu tinggi dan pastinya berbeza daripada soya-soya yang boleh kita temui di tempat lain.

Sayangilah diri kita. Dapatkan ESP Shaklee ya!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

email: norliazirajusoh@gmail.com
Whatsapp/SMS: 018-2911 768
SID: 1098789




Friday 26 August 2016

5 Mitos Mengenai Tandem Nursing

Tandem nursing bermaksud menyusukan 2 atau pun lebih anak yang berbeza umur. Adakalanya seorang anak disusukan di setiap payudara secara bergilir-gilir. Namun ada juga keadaan di mana beberapa orang kanak-kanak yang disusukan sepanjang hari. Hal ini bagus sebenarnya, kerana kanak-kanak akan berasa selesa di samping mendapat nutrisi daripada susu ibunya. Tandem nursing juga merapatkan hubungan adik-beradik apabila mereka berkongsi susu.


Tandem nursing bukanlah budaya normal bagi masyarakat kita, tetapi ia telah diamalkan selama berabad lamanya. Dalam satu kajian di negara Barat yang mana melibatkan 179 orang ibu menyusu badan sekurang-kurangnya seorang anak selama 6 bulan, 61% menyusukan semasa hamil manakala 35% lagi mengamalkan tandem nursing.





Terdapat 5 mitos mengenai tandem nursing ini:

Tidak cukup susu untuk 2 orang anak!

SALAH

Sekiranya anda menyusu semasa hamil, adalah normal jika mendapati penurunan bekalan akibat daripada perubahan hormon. Keadaan ini akan berubah kembali seperti sediakala selepas beberapa bulan pertama kehamilan.


Payudara akan bertindak balas terhadap kekurangan susu pada awal kehamilan dan mengeluarkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan aktiviti tandem nursing akan mengakibatkan payudara mengeluarkan 2 kali ganda susu. Ini menandakan bukan kekurangan produksi susu, malahan terlebih bekalan susu apabila aktiviti tandem nursing ini berlangsung.


Mesti mengutamakan bayi baru lahir berbanding abang atau kakaknya.

TIDAK BETUL SEPENUHNYA

Keadaan ini benar namun hanya untuk beberapa hari terawal kelahiran bayi anda. Pada ketika ini payudara membekalkan kolostrum ataupun cecair keemasan yang tinggi dengan zat, imun untuk bayi anda.

Kolostrum sangat istimewa untuk bayi baru lahir. Apabila sudah habis tempoh produksi kolostrum, anak-anak yang  lain boleh disusukan pada bila-bila masa mereka memerlukan susu ibu.

Anak-anak akan berasa cemburu sesama mereka.

SALAH

Kajian menunjukkan "tandem nursing melaporkan 'kurangnya sibling rivalry' merupakan satu kelebihan paling besar tandem nursing". Kebanyakan anak-anak berpegangan tangan seakan-akan seperti mereka sedang menyusu.

Penyebaran kuman di antara kanak-kanak.

SALAH

Tiada kajian menunjukkan tandem nursing sebagai punca berlakunya jangkitan kuman di kalangan kanak-kanak. Sebaliknya jika salah seorang daripada mereka sakit, payudara akan membekalkan antibodi untuk  melawan penyakit. Dalam pada itu ia melindungi seorang lagi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, malah membantu yang sakit untuk sembuh dengan cepat.

Puting payudara akan menjadi sangat sakit.

TIDAK BEGITU BETUL

Kebanyakan wanita hanya mengalami sakit di bahagian puting payudara semasa kehamilan akibat daripada perubahan hormon. Walau bagaimana pun, sakit itu akan hilang selepas 3-7 hari selepas proses melahirkan.

Jika masih sakit, besar kemungkinan cara bayi anda latch (lekap) adalah tidak betul. Pelekapan atau teknik latch yang tidak betul akan mengundang kesakitan pada payudara anda. Seharusnya bayi anda menghisap di bahagian areola, bukannya di puting payudara.

Pastikan bayi menyusu dengan kerap, ini penting untuk mengurangkan berlakunya bengkak susu.


Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang diperolehi jika mengamalkan tandem nursing. Ada sesiapa yang berminat untuk menjayakan tandem nursing ke? Saya doakan semoga anda berjaya dan istiqamah melakukannya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

Monday 9 May 2016

15 Aktiviti Bersama Anak Kecil

Tempoh utama pembelajaran berlaku pada tahun-tahun pertama kehidupan bayi. Manakala ibu bapa adalah modul pembelajaran terbaik bagi bayi masing-masing. 

Luangkanlah masa untuk bersama mereka dengan 15 aktiviti yang menyeronokkan, pasti anak-anak anda akan sangat teruja!

Susukan dengan susu ibu
Kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai IQ yang tinggi. Susukanlah mereka selama yang boleh. 


Menyanyikan lagu untuknya 
Kajian menunjukkan mempelajari muzik ada kaitannya dengan pembelajaran matematik. Belajarlah sebanyak yang mungkin lagu yang anda boleh atau pun, rekalah lagu sendiri untuk dinyanyikan kepadanya.

Guna kad imbasan
Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak mengenal  A B C atau pun 1 2 3. Tunjukkan kad satu persatu dengan cepat. Apabila kad bergerak laju, otak kanan akan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan. Dalam tempoh seminggu, lihatlah kesannya. InsyaAllah anak-anak pasti akan dapat menghafal nombor dan perkataan yang anda perkenalkan.

Melukis
Cuba anda lukiskan hanya sebahagian sahaja dan minta anak anda menyiapkannya. Aktiviti dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.



Bermain teka-teki
Letakkan objek di dalam kotak tisu minta anak meneka apakah objek itu. Mulakan aktiviti dengan memberi petunjuk seperti warna atau pun bunyi.

Sertai playground
Dedahkan mereka dengan anak-anak lain yang sebaya. Kaedah ini dapat melatih anak-anak lebih berani berkomunikasi dengan individu yang lain.

Belajar muzik
Muzik boleh merangsang minda dan menguatkan daya ingatan anak-anak. Kajian mendapati anak-anak yang bermain alat muzik seperti biola dan piano memperoleh skor keterampilan komunikasi lebih tinggi.

Beriadah
Luangkan masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk berjoging, atau pun mengajak anak-anak bersama melakukan aktiviti sihat yang boleh mengeluarkan peluh. Dorong lah mereka untuk mengamalkan cara hidup sihat yang membantu merangsang otak si manja lebih cergas dan cerdas.

Hasilkan buku binatang
Ambillah gambar haiwan yang ditemui dan abadikan di dalam buku skrap.  Bacalah buku itu bersama-sama sambil menamakan dan juga membuat bunyi binatang berkenaan.

Main dengan warna
Pilih satu warna tertentu dan minta si manja anda mencari objek lain yang mempunyai warna sama. Selepas itu berikan mereka peluang untuk memilih warna manakala anda pula mencari objek yang mempunyai warna sama.

Kraf tangan
Cuba lakukan kerja kraf seperti bermain tanah liat, menggunting kertas,membuat origami, dan sebagainya.

Bercerita
Mulakan dengan satu cerita dan minta anak-anak untuk menyambung kesudahan mengikut kreativiti dan imaginasi mereka.



Doa sambil nasihat
Luangkan sedikit waktu untuk berdoa sambil mengusap kepala anak-anak dan pada masa yang sama memberi nasihat berguna.

Kurangkan menonton televisyen
TV disifatkan boleh merosakkan keterampilan mental dan mensia-siakan waktu untuk perkembangan otak si manja. Seelok-eloknya buka ruang untuk anak-anak agar lebih banyak berbual dan berkomunikasi dengan mereka. Melayan kerenah mereka dan menjawab segala persoalan yang mereka ajukan.

Akrab dengan buku
Membaca adalah jambatan ilmu. Pupuklah minat suka membaca sejak dari kecil agar tabiat itu berterusan sehingga dewasa.




Sumber : Majalah Pa & Ma

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

Thursday 5 May 2016

8 Tips Untuk Sentiasa Tenang

Ketenangan jiwa adalah sumber bagi kebahagiaan. Seseorang itu sukar mengalami perasaan yang bahagia sekiranya jiwa tidak tenang. Hakikat sebuah kehidupan yang dilayari, semakin jauh direntasi maka semakin banyak juga peristiwa yang berlaku.

Jadi, bagaimana untuk bertenang? Apakah ada kaedah tertentu untuk membolehkan kita sentiasa tenang? 


Di sini ada 8 tips untuk sentiasa tenang. 

Solat
Solat dapat membantu mendapatkan ketenangan. Ketika bersolat, hati, jiwa, fikiran dan minda perlu berada dalam keadaan khusyuk. 
 
Niat
Untuk sentiasa tenang dan membina ketenangan dalam diri, mulakanlah dengan niat. Kenapa mahu bertenang? Contohnya, anda mahu melatih diri untuk sentiasa tenang dalam menghadapi apa jua situasi yang anda hadapi.

Bernafas
Bernafas lah. Bernafas dapat membantu anda berasa tenang. Tarik nafas dalam-dalam sebanyak yang mungkin melalui hidung dan tahan selama 3-4 saat sebelum menghembuskan semula secara perlahan-lahan. Seeloknya diulang sehingga 7 kali. Teknik ini boleh dilakukan dalam apa jua aktiviti seharian anda.

Kawal emosi
Banyakkan bersabar. Apabila bersabar, anda menahan diri agar dapat bertenang. Ketika menahan kemarahan juga, sudah tentu masih ada perasaan marah tetapi anda yang mengawal! Bina ketenangan dengan melatih diri untuk senantiasa bersabar. Banyak manfaatnya.

Dekatkan diri dengan orang yang tenang
Bersahabatlah dengan orang-orang yang positif mindanya. Aura positif mereka pasti akan kita rasai. Apabila berada di kalangan orang yang sentiasa tenang dan positif ini, sedikit sebanyak kita akan terpengaruh dengan sikap mereka.

Elakkan berpeluk tubuh
Ini adalah posisi defensif. Kebiasaannya kita akan berpeluk tubuh apabila sedang bercakap, duduk, menonton televisyen, hatta berjalan sekalipun. Posisi ini langsung tidak membantu anda untuk bertenang. Sebaliknya, cuba menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalam dengan seseorang.

Longgarkan otot, sendi, dan urat kening
Seboleh-bolehnya mengelakkan dari mengerut kening ketika sedang berfikir, melihat ke arah sesuatu atau ketika makan sekalipun. Ini kerana aktiviti begini akan membuat anda berasa tertekan. Ambil masa untuk meregangkan otot-otot dengan senaman ringan walaupun hanya 5 minit.

Let go
Sebagai manusia, kita tidak lepas dari masalah. Cubalah untuk let go. Sekiranya ada masalah dengan orang sekeliling, maafkanlah mereka. Setiap malam sebelum tidur, ucapkanlah bahawa kita maafkan semua orang untuk segala apa yang mereka lakukan terhadap kita. Semakin lama, kita akan rasa tenang kerana perasaan dendam dan marah itu akan hilang juga akhirnya.

Selamat mencuba, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga.
 


Wednesday 16 March 2016

Kepentingan Detox

Pernah dengar perkataan detoksifikasi? Atau pun detox? Selalu sahaja ramai yang menyebut mengenai detox. Apakah kepentingan detox dan mengapa perlunya detoksifikasi kepada tubuh badan?

Perhatikan sahaja tabiat pemakanan dan gaya hidup kita. Kita sebenarnya sering terdedah kepada bahan-bahan pencemaran. Ditambah lagi dengan minat terhadap makanan segera, merokok, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar dengan bahan-bahan kimia. Inilah punca yang boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu.




Sistem imunisasi badan yang lemah akan mengakibatkan kuasa melawan penyakit, menurun. Keadaan ini boleh menjadi punca pengumpulan toksin dalam badan kita. Cuba bayangkan, badan kita terkumpul toksin dari sehari ke sehari tanpa dibersihkan.

Apakah  itu Detox?

Detox adalah nyahtoksin badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksin dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'. Kebiasaannya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan.

Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semula jadi, kita akan lebih terdedah kepada pebagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan pergerakan usus, dan juga kembung. Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam, selsema dan elergi.

Usus dan hati adalah organ manusia yang terlibat semasa proses detox. Segala penyerapan nutrient kita berlaku di usus  dan bukannya di perut. Tugas perut hanyalah untuk digest makanan supaya jadi lumat. Segala vitamin dan mineral yang kita ambil,  akan diserap melalui usus kecil dan dibawa ke salur darah kita.

 



Tidak pernah melakukan nyahtoksin atau detox tubuh badan kita? Segala kekotoran akan melekat pada usus kecil, jika kita tidak membersihkan usus, lama-kelamaan ia akan menjadi kotor. 

Kelebihan Detox 
  1.  Beri tenaga dan fokus
  1. Berat badan yang sihat
  1. Kulit yang sihat dan lebih segar
  1. Kesihatan bertambah baik
  1. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
Apakah itu Toksin?  
Toksik ada di sekeliling kita. Berpunca daripada pencemaran, asap rokok, asap kenderaan, debu-debu di jalanan, habuk yang berterbangan di udara, sabun pencuci, bahan makanan dan minuman yang telah dicampur dengan bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dan sebagainya. 

Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Tanda-tanda anda perlu Detox

Adakah anda mengalami masalah-masalah ini. Antara masalah yang sering dialami akibat daripada pengumpulan toksin yang berlebihan adalah seperti berikut :- 
  1.  Sembelit
  1. Sakit kepala
  1. Letih dan tidak bertenaga
  1. Kembung perut
  1. Nafas berbau
  1. Perut berlipat
  1. Nafsu makan berlebihan
  1. Kulit kusam, berminyak, dan berjerawat
  1. Selulit
  1. Daya ketahanan badan yang rendah
Jika anda sering mengalami keadaan di atas, carilah jalan dan ikhtiarkan untuk detox.

Kenapa kita perlu detox? 

Setiap hari kita terdedah kepada radikal bebas, pencemaran udara, racun serangga perosak, pengambilan ubat-ubatan, stress, merokok, terdedah kepada asap rokok, makanan yang diproses dan juga pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan longgokan toksin banyak terkumpul dalam tubuh badan kita. 

Sepanjang proses detoksifikasi, organ dalaman membuang toksin berbahaya yang terkumpul di dalam badan kita setelah sekian lama. Jangan salah sangka, walaupun seseorang itu kelihatan kurus dan sihat, tidak semestinya badannya tidak mempunyai toksin. 

Pendedahan kepada pencemaran menyebabkan tubuh badan kita mengumpul toksin yang tidak berguna dan sekiranya tidak melakukan detox, toksin yang terkumpul boleh meninggalkan kesan yang buruk pada badan.

Detox akan membantu menyingkirkan bahan-bahan yang tidak berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Jika toksin tidak dihapuskan, boleh menyebabkan kerosakan dalam badan dan berpotensi menyumbang kepada pelbagai gejala dan penyakit kronik. 

Bagaimana nak Detox?

1. Minum air kosong 
 
Kita semua tahu kuasa air. Kuasa air dapat melembutkan batu yang keras. Begitu juga kuasa air kepada sistem tubuh badan manusia. Minum air kosong yang banyak dapat membersihkan buah pinggang daripada segala toksin. Oleh sebab itu, petua orang tua-tua, sejurus selepas bangun tidur pagi, digalakkan meminum segelas air putih. Di samping untuk awet muda dapat membersihkan buah pinggang kita.

Bayangkan, kita cuma ada sepasang buah pinggang. Dengan hanya sepasang buah pinggang itu juga, memproses segala makanan yang kita makan, ditambah pula dengan toksin yang kita perolehi daripada persekitaran, sudah cukup untuk membebankan buah pinggang. 

Jika seseorang hanya minum sedikit air sahaja, buah pinggang akan berfungsi pada kadar yang kurang cekap dan ini boleh menjejaskan fungsi hati yang berperanan menghasilkan metabolisme. Ini akan menyebabkan kadar pembakaran lemak badan berkurangan, menyebabkan lemak semakin terkumpul di dalam tubuh badan. 

Oleh itu, minumlah lebih banyak air untuk mendapatkan banyak manfaat kesihatan dan kulit juga akan semakin baik. Berapa kandungan air perlu diminum adalah bergantung kepada berat badan anda. Katakanlah berat badan anda ialah 60kg, maka pengiraan keperluan air adalah begini :


60kg (Berat badan) x 40 = 2400 ml /2.4 Liter

2. Berpuasa

Detox juga oleh dilakukan dengan berpuasa. Kaedah ini dapat membantu badan menjalankan proses membuang toksin secara alami. 

3. Sayuran/Buahan/Makanan organik

Lebihkan memakan sayur-sayuran kampung sepert ulam-ulaman dan buah-buahan sebagai agen detox secara semulajadi.



 
4. Bersenam secara kerap


Senaman akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh yang seterusnya membantu pembakaran lemak. Ini bukan hanya akan memperbaiki perjalanan darah, malahan membantu meningkatkan semangat anda. Bersenamlah secara kerap selama 30 minit, 3 hingga 5 kali seminggu untuk kebaikan maksimum kesihatan anda.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com

SMS / Whatsapp 018-2911768


SID: 1098789