Friday 26 August 2016

5 Mitos Mengenai Tandem Nursing

Tandem nursing bermaksud menyusukan 2 atau pun lebih anak yang berbeza umur. Adakalanya seorang anak disusukan di setiap payudara secara bergilir-gilir. Namun ada juga keadaan di mana beberapa orang kanak-kanak yang disusukan sepanjang hari. Hal ini bagus sebenarnya, kerana kanak-kanak akan berasa selesa di samping mendapat nutrisi daripada susu ibunya. Tandem nursing juga merapatkan hubungan adik-beradik apabila mereka berkongsi susu.


Tandem nursing bukanlah budaya normal bagi masyarakat kita, tetapi ia telah diamalkan selama berabad lamanya. Dalam satu kajian di negara Barat yang mana melibatkan 179 orang ibu menyusu badan sekurang-kurangnya seorang anak selama 6 bulan, 61% menyusukan semasa hamil manakala 35% lagi mengamalkan tandem nursing.





Terdapat 5 mitos mengenai tandem nursing ini:

Tidak cukup susu untuk 2 orang anak!

SALAH

Sekiranya anda menyusu semasa hamil, adalah normal jika mendapati penurunan bekalan akibat daripada perubahan hormon. Keadaan ini akan berubah kembali seperti sediakala selepas beberapa bulan pertama kehamilan.


Payudara akan bertindak balas terhadap kekurangan susu pada awal kehamilan dan mengeluarkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan aktiviti tandem nursing akan mengakibatkan payudara mengeluarkan 2 kali ganda susu. Ini menandakan bukan kekurangan produksi susu, malahan terlebih bekalan susu apabila aktiviti tandem nursing ini berlangsung.


Mesti mengutamakan bayi baru lahir berbanding abang atau kakaknya.

TIDAK BETUL SEPENUHNYA

Keadaan ini benar namun hanya untuk beberapa hari terawal kelahiran bayi anda. Pada ketika ini payudara membekalkan kolostrum ataupun cecair keemasan yang tinggi dengan zat, imun untuk bayi anda.

Kolostrum sangat istimewa untuk bayi baru lahir. Apabila sudah habis tempoh produksi kolostrum, anak-anak yang  lain boleh disusukan pada bila-bila masa mereka memerlukan susu ibu.

Anak-anak akan berasa cemburu sesama mereka.

SALAH

Kajian menunjukkan "tandem nursing melaporkan 'kurangnya sibling rivalry' merupakan satu kelebihan paling besar tandem nursing". Kebanyakan anak-anak berpegangan tangan seakan-akan seperti mereka sedang menyusu.

Penyebaran kuman di antara kanak-kanak.

SALAH

Tiada kajian menunjukkan tandem nursing sebagai punca berlakunya jangkitan kuman di kalangan kanak-kanak. Sebaliknya jika salah seorang daripada mereka sakit, payudara akan membekalkan antibodi untuk  melawan penyakit. Dalam pada itu ia melindungi seorang lagi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, malah membantu yang sakit untuk sembuh dengan cepat.

Puting payudara akan menjadi sangat sakit.

TIDAK BEGITU BETUL

Kebanyakan wanita hanya mengalami sakit di bahagian puting payudara semasa kehamilan akibat daripada perubahan hormon. Walau bagaimana pun, sakit itu akan hilang selepas 3-7 hari selepas proses melahirkan.

Jika masih sakit, besar kemungkinan cara bayi anda latch (lekap) adalah tidak betul. Pelekapan atau teknik latch yang tidak betul akan mengundang kesakitan pada payudara anda. Seharusnya bayi anda menghisap di bahagian areola, bukannya di puting payudara.

Pastikan bayi menyusu dengan kerap, ini penting untuk mengurangkan berlakunya bengkak susu.


Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang diperolehi jika mengamalkan tandem nursing. Ada sesiapa yang berminat untuk menjayakan tandem nursing ke? Saya doakan semoga anda berjaya dan istiqamah melakukannya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789