Friday 28 March 2014

Tips Makan Untuk Kekal Langsing

Anda suka makan tapi bimbang akan kenaikan berat badan? Jangan takut, ada beberapa cara untuk memastikan badan anda kekal langsing dan slim, tanpa perlu berlapar. Anda boleh makan secara sihat dan menyeronokkan! Apabila dilengkapi dengan gaya hidup aktif, anda akan memperoleh banyak manfaat untuk minda dan tubuh badan anda sepanjang hayat. 



Antara cara-caranya adalah:

  • Makan dengan kerap. Anda masih boleh mengekalkan bentuk badan yang langsing walaupun makan dengan kerap. Namun kuantiti makanan haruslah sentiasa dijaga agar tidak keterlaluan. Pastikan sedikit dan bersederhana sahaja. Cukup untuk membekalkan tenaga. Tidak terlalu kenyang dan tidak pula akan menjadi cepat lapar.


  • Utamakan protein. Menurut kajian dari Purdue University, mereka yang mengambil makanan berprotein tinggi merasa lebih puas dengan makanan mereka dan lambat berasa lapar. Meningkatkan pengambilan sumber protein seperti putih telor, ayam, dan kekacang adalah baik. Malah anda boleh cuba ESP dari Shaklee. Ia merupakan makanan tambahan untuk protein yang sedap dan lazat.


  • Rendah kalori, rendah lemak. Mengamalkan memakan makanan yang mengandungi banyak air seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Ianya bagus dan elok jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.


  • Waktu terbaik untuk minum. Terdapat waktu-waktu tertentu yang mana baik untuk kesihatan badan. Masa yang disarankan adalah pada waktu pagi selepas bangun dari tidur, dan 30 minit setiap kali sebelum makan, setiap hari. Menurut kajian yang dilakukan di Jerman, sekiranya meminum 1.5 liter air putih boleh membantu membakar kalori yang berlebihan di dalam badan anda.
Tetapi, haruslah diingatkan bahawa pemakanan yang baik sahaja tidak mencukupi. Ia perlulah dilengkapi dengan aktiviti fizikal harian. Aktiviti fizikal yang kerap boleh membawa banyak manfaat yang akhirnya akan menjadikan anda sihat secara fizikal dan mental.

Perkara paling penting yang harus diingat adalah pastikan anda semua gembira dan bertenaga, disamping mencapai apa jua matlamat yang diingini dan menghargai kehidupan yang lebih sihat dan lebih bermakna!


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Monday 24 March 2014

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Mula-mula kita bercakap tentang “konsep asas penyusuan susu ibu” dulu. Pengeluaran susu ibu adalah dari keperluan yang ada untuk penyusuan tersebut. Oleh kerana itu ibu-ibu disarankan menyusukan bayi secepat mungkin, dalam masa 30 minit selepas kelahiran. Dan kerapkan menyusu.

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan.


Di sini saya senaraikan 11 tips atau langkah yang anda boleh amalkan sepanjang menghadapi cabaran penyusuan:

Kerapkan menyusu atau mengepam
  1. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  2. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  3. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dapat dihasilkan.
  4. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
Minum banyak air
  1. Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
Fikir bayi, fikir susu
  1. Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  2. Ketika hendak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin.
Jangan tunggu payudara penuh
  1. Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Ini salah!
  2. Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  3. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
Berdisiplin
  1. Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Pada waktu hujung minggu jangan ponteng mengepam kerana masa hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk buat stok.
Tendum pumping
  1. Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
Teknik Marmet
  1. Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. Jadi, selepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan menggunakan tangan. Ini sangat membantu. Jika dengan menggunakan pump dapat hasil 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh bertambah menjadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sedikit, tetapi ada perbezaannya.
Menyusu atau mengepam lebih lama
  1. Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  2. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi atau selepas mengepam bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  3. Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x! Tak percaya buat. Konsisten dan disiplin dan istiqamah.
Urutan
  1. Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
Penyusuan malam
  1. Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
Pengambilan suplemen
  1. Digalakkan.
  2. Anda boleh mencuba Set Breastfeeding Shaklee.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Sunday 23 March 2014

Vitamin Untuk Banyakkan Susu Ibu

Adakah vitamin yang berfungsi untuk banyakkan susu ibu?

Ramai ibu yang resah gelisah tatkala susu merudum, lalu mencari vitamin untuk milk booster.



Benarkah vitamin ni berfungsi untuk membanyakkan susu ibu?

Mula-mula kita bercakap tentang “konsep asas penyusuan susu ibu” dulu. Pengeluaran susu ibu adalah dari keperluan yang ada untuk penyusuan tersebut. Oleh kerana itu ibu-ibu disarankan menyusukan bayi secepat mungkin, dalam masa 30 minit selepas kelahiran. Dan kerapkan menyusu.

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan.

Namun, keperluan zat makanan untuk ibu menyusu memang meningkat berbanding sebelum mengandung dan menyusu. Ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi setiap hari, banyak faktor yang memungkinkan susu ibu menjadi kurang walaupun ibu masih konsisten mengepam dan menyusu secara terus.

Pengambilan vitamin membantu ibu mengatasi masalah dalam dirinya seperti kurang nutrisi, stress, kurang rehat dan sebagainya, namun ibu harus terus mengepam dan sekiranya tidak pernah mengepam sebelum ini (jika anda bekerja) mulakannya sekarang! Pam secara konsisten mengikut teknik yang betul.

Set breastfeeding Shaklee membantu ibu-ibu menyusukan anak dengan lebih berkesan, menyihatkan tubuh badan dan memberi tenaga. Ramai ibu yang mulanya tak yakin dengan Shaklee, alhamdulillah kini gembira menjadikan Shaklee sebahagian dalam gaya hidup sihat mereka.

Gaya hidup sihat mengikut Dr Bruce Miller: Makanan seimbang, Aktiviti Sihat, Pengambilan Supplement.

Apa lagi, tak perlu tunggu susu merudum untuk mendapatkan set-set hebat untuk ibu menyusu ini.

  • Set Triple M : Set Premium dengan Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Ostematrix, Alfalfa, ESP
  • Set Eufor Pack : Set untuk yang elergi alfalfa mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Ostematrix
  • Set E : Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Ostematrix, Alfalfa
  • Set B : Set Asas mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Alfalfa

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Saturday 22 March 2014

Petua Susu Ibu Jadi Banyak

Pasti ramai ibu yang mencari cara terbaik nak banyakkan dan tambah susu ibu, terutama apabila susu badan dah berkurangan dari biasa, tatkala ibu sudah kembali bekerja. 

Konsep utama membanyakkan susu ibu adalah dengan cara PENGELUARAN BERKADAR TERUS DENGAN KEPERLUAN.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan? Atau boleh juga disebut sebagai supply vs demand?

Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.

Bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak. Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?



Masih sama. Masih konsep pengeluaran vs. permintaan.

Jadi, dalam usaha nak menghasilkan susu seperti ini, ibu haruslah BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.

  • Melalui hisapan bayi: ini penting terutamanya pada awal kelahiran bayi, sila kerapkan menyusu ketika ini.
  • Mengepam: sama ada menggunakan pam susu ataupun melalui teknik Marmet (menggunakan tangan).

Bagaimana pula dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?

Ibu harus tahu, konsep penyusuan seperti di atas adalah mutlak. Walau bagaimana bagus sekalipun milk booster yang ibu telan, ibu tetap perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.

Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.

Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.

Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh dan mood masing-masing. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan?

Makanlah makanan seimbang, halal, penuh nilai nutrisi dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA.


Kita ikhtiar dan usaha dengan pelbagai cara apabila susu semakin berkurang, jangan cepat mengalah!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

Friday 21 March 2014

Vitamin Untuk Sakit Sendi.

Tahukah anda? Masalah sakit sendi bukan hanya disebabkan oleh kekurangan kalsium semata-mata. Adakalanya ia berpunca akibat dari aktiviti harian kita, contohnya selalu mengangkat bebanan yang berat, posisi tidur yang tidak sesuai, dan juga berat badan yang berlebihan. 



Jika terus menerus dengan aktiviti-aktiviti tersebut, semakin lama anda akan merasa kesakitan di bahagian tertentu badan anda. Kadang-kadang terasa seperti panas dan dicucuk-cucuk pada hujung jari.


Advance Joint Health Tablet ni diperbuat daripada bahan-bahan herba semulajadi (jagung herba) dan bahan-bahannya diuji secara klinikal untuk keberkesanan terhadap masalah sendi. Ia diperbuat dari jagung, boswellia dan bahan2-bahan lain yang penting untuk kesihatan sendi seperti vitamin C, zinc, mangan dan sebagainya.

Dengan mengunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Bagaimana ia berkesan? Memberi manfaat kepada sendi-sendi dalam 3 cara:

1 - Menyokong keselesaan sendi
  •  Ekstrak Boswellia: Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. 
    • Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.


    2 - Bertindak sebagai kusyen
    • Ekstrak jagung: Membantu mengekalkan tulang rawan
    • Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
    • Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

    3 - Memelihara tisu penyambung yang sihat
    • Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C: Nutrien terpenting dalam kesihatan sendi 
    • Ia membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.
    Sayangilah diri anda. Hargailah tubuh badan anda. Jangan dibiarkan berterusan jika mengalami sakit sendi, cubalah AJHT. Pasti dapat membantu anda kembali sihat dan dapat meneruskan aktiviti harian dengan senang dan tenang hati.

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768
    SID: 1098789

    Shaklee ESP Untuk Susu Banyak Dan Kulit Cantik

    Shaklee ESP, atau nama penuhnya Energizing Soy Protein adalah satu produk istimewa yang menjadi sebutan bukan saja ibu-ibu menyusu dan nak cantik, malah juga segenap lapisan masyarakat yang mementingkan kesihatan secara menyeluruh.

    Pengambilan protein adalah penting bagi ibu menyusu, bukan sahaja untuk penyusuan tapi juga ia penting untuk :-

    • Kawalan berat badan
    • Mengelakkan kelaparan pada waktu-waktu di luar masa makan
    • Mencukupkan keperluan protein kerana semasa mengandung dan menyusu, keperluan protein meningkat


    Protein dari tumbuhan dikatakan lebih baik dari protein dari haiwan kerana ia kurang lemak dan tiada kolesterol pada tumbuhan.

    Bagi mereka yang ingin mengawal berat badan, pengambilan protein penting kerana ia menjaga otot badan yang penting dalam pembakaran lemak. Kekurangan protein boleh menyebabkan otot menjadi rosak, tidak anjal, kendur, sekaligus menjadikan proses pembakaran lemak tidak berlaku dengan baik.

    Oleh itu, ramai yang yang tidak kurus-kurus meskipun cuba berdiet. Malah, bagi ibu menyusu, hasrat untuk diet agak kurang sesuai kerana penyusuan memerlukan kalori yang lebih, dan ibu menyusu juga memiliki sahabat setia – selalu lapar!

    Cubalah Shaklee ESP ni, sangat sesuai untuk ibu menyusu, malah dapat 3 dalam 1 ===> milk booster, pengawalan berat badan, dan kulit yang cantik!

    soy protein
    Ini ESP pek lama
    Adakah ESP Shaklee sama dengan soya jenis lain?

    Tidak sama samasekali. ESP Shaklee adalah isolated soy protein yang diperbuat dari non-GMO soy.

    Dapatkan Energizing Soy Protein Shaklee hari ni, protein soya terbaik, sesuai juga untuk dijadikan minuman harian. Jangan risau nak ambil soya. Kajian terhadap wanita-wanita di China menunjukkan soya tidak memberi kesan kepada kanser payudara.

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768
    SID: 1098789

    Thursday 20 March 2014

    Mencari Penawar Rambut Gugur?

    Bila kita dapati banyak sangat produk untuk atasi rambut gugur, sememangnya ia bukan masalah luar biasa, ramai orang hadapinya.



    Namun, produk yang mana satu yang sesuai? Ya, tak semua produk menjadi untuk semua orang, kerana masalah setiap orang berbeza-beza.

    Penyebab keguguran rambut boleh jadi kerana tekanan (stress), atau pengambilan ubat-ubatan, kekurangan nutrien misalnya zat besi, zinc atau kuprum, atau simptom masalah tiroid atau penyakit auto-imun. Salah satu penyebab lagi adalah hormon. Kebanyakan ibu beranak kecil mula mendapati rambut gugur dengan banyak semasa anak menyembur air liur. Sebenarnya ia berkait dengan hormon androgen, kerana proses mengandung, bersalin dan menyusukan membabitkan banyak fungsi hormon.

    Masalah keguguran rambut tidak semestinya berfaktorkan usia. Ramai orang terutama lelaki, dalam 30% dari mereka mengalami masalah ini semasa berusia 30 tahun.

    Walau bagaimanapun, anda harus faham rambut kita mengalami 3 fasa – anagen : fasa menumbuh; catagen : fasa memanjang; dan telogen : fasa berehat. Rambut kita sentiasa ada rambut baru dan rambut yang gugur. Namun yang jadi masalah kalau rambut banyak sangat gugur, hingga ia tidak dapat menghambat kitaran anagen.

    Jadi, bagi membantu anda yang bermasalah rambut gugur, beberapa produk dari Shaklee yang boleh anda cuba:-

    - Zinc Complex (untuk rambut rosak, rapuh dan bercabang)
    - B Complex (untuk masalah peredaran darah)
    - Vitalea (untuk masalah kekurangan zat besi)
    - ESP (untuk rambut rapuh dan bercabang)
    - GLA Complex (untuk yang bermasalah hormon terutama ibu lepas bersalin)

    Anda juga boleh mencuba syampu dan perapi Prosante serta Scalp Care Serum.
    Semoga masalah keguguran rambut anda selesai dengan Shaklee!

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768
    SID: 1098789

    Set Penyusuan Shaklee Untuk Senang Bangun Pagi.

    Set penyusuan Shaklee teramatlah terkenal di kalangan ibu-ibu yang menyusu. Mesti ramai yang tertanya-tanya, "Kenapa?". Ini memang benar, kerana saya juga seorang ibu yang menyusu, dan saya mengamalkan pengambilan vitamin-vitamin tersebut. Kebaikan dan kelebihannya, memang terbukti!

    Pengambilan set penyusuan Shaklee ataupun apa-apa saja milk booster TANPA teknik penyusuan yang betul, jarang sekali akan berjaya.

    Pada fikiran anda pasti, “Mindset saja..” atau, “kebetulan saja..”. Ini terpulang kepada masing-masing individu, namun yang nyata, dah ramai ibu yang telah berjaya menyelesaikan masalah kekurangan susu badan dengan bantuan set penyusuan Shaklee dan teknik-teknik penyusuan yang betul.

    Ini adalah set penyusuan Shaklee yang boleh membantu anda untuk tidur lena, dan bangun pagi dengan bersemangat!
    Ostematrix mengandungi magnesium yang telah dikaji boleh membantu mendapatkan tidur yang lena dan tidak terganggu. Mereka yang menghidap insomnia boleh cuba ambil Ostematrix dengan Magnesium ni. Menurut kajian USDA, kekurangan Magnesium mengganggu aktiviti ‘elektrik’ dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu.
    Dan bila tidur lena pasti senang nak bangun pagi.

    Set Eu For Pack ni lebih mantap bila diambil dengan ESP. 

    Beberapa orang ibu cuba ‘bereksperimen’ dengan mengambil Shaklee dan tak ambil Shaklee. Hasilnya? Memang berbeza.

    Antaranya yang ini:

    set penyusuan shaklee

    Sekiranya anda ada kekangan bajet, boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat :)

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768

    Wednesday 19 March 2014

    Mengapa SHAKLEE?

    Anda tertanya-tanya kenapa Shaklee yang menjadi pilihan saya?



    1. Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna, dan perisa.
    2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan merbahaya seperti racun serangga.
    3. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.
    4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yng tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
    5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice, piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.
    6. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.
    7. Produk Shaklee di Malaysia disahkan halal oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
    Jika berminat untuk mencuba, jangan segan untuk menghubungi saya.

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768

    Tuesday 18 March 2014

    Kepentingan Suplemen Untuk Tubuh Badan.

    Suplemen atau vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan kita dalam jumlah yang kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan manusia. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen yang lain.


    Vitamin adalah antara zat yang membina tubuh kita. Tubuh kita terbina oleh jutaan sel yang membentuk organ dan sebagainya.

    Kita mendapat vitamin secara semulajadi melalui makanan kita. Secara amnya, keperluan vitamin kita berbeza setiap orang. Keperluan ini juga agak berbeza bagi setiap bangsa berdasarkan aktiviti, iklim, cuaca dan sebagainya.

    1. Dalam sesetengah situasi, badan kita amat memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
    2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang jika dibandingkan dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayur berkenaa.
    3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Sebagai contoh: Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba terutamanya ketika memasak.
    4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kandungan kafein, lemak, gula, dan garam akan mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
    5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
    6. Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah, dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimianya.
    7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas yang mungkin, menyebabkan pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.
    Keadaan inilah yang menyebabkan badan kita memerlukan lebih banyak vitamin demi kesihatan yang optimum.

    Walaupun begitu, vitamin BUKAN pengganti makanan. Untuk kesihatan yang baik, menurut Dr Bruce Miller, kita perlukan – makanan seimbang, bersenam, dan suplemen. Menurut Ibn Qayyim, satu lagi perkara adalah kesihatan jiwa. Jadi 4 elemen ni penting untuk menjadi sihat – Makanan, Senaman, Suplemen dan Amalan Kerohanian.

    Bila makan vitamin, niatlah supaya menjadi lebih sihat dan menyahut seruan Rasulullah SAW untuk menjadi hamba yang dicintai Allah – insan yang kuat.

    Semoga kita lebih banyak bersyukur dari mengeluh. Bila sakit, biasanya lebih mudah mengaduh dari mengucapkan “Alhamdulillah”

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768

    Monday 17 March 2014

    Suplemen Dan Penyusuan Bayi.

    Seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, maka anda perlulah memahami bahawasanya vitamin bukanlah satu-satunya cara untuk memperbanyakkan produksi susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh badan ibu senantiasa sihat, bertenaga, ceria, dan terus bersemangat serta secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manjanya.

    Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan si ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu, iaitu:

    LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAUPUN LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU AKAN DIHASILKAN.

    Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah ini dengan penuh disiplin dan konsisten.


    1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ataupun bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
    2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter dan memastikan dirinya mengambil makanan seimbangdalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manjanya.
    3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangatlah digalakkan bukan hanya ketika membuat sesi perahan atau sedang menyusukan si bayi, tetapi menjadikannya sebagai amalan rutin agar memudahkan untuk mencapai gelombang alfa iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
    Fahamilah bahawa sesuatu usaha itu pasti akan membuahkan hasil yang lumayan, lebih-lebih lagi sekiranya kita ikhlas melakukannya, demi anak-anak tersayang. Berusaha, Berdoa, dan Bertawakal lah demi yang terbaik untuk si manja semoga proses tumbesarannya berlangsung dengan baik berbekalkan susu ibu.



    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768

    Sunday 16 March 2014

    Teknik Meningkatkan Produksi Susu

    Kebanyakan ibu menyusu pasti akan mencari jalan untuk memperbanyakkan pengeluaran susu badannya demi bayi kesayangan masing-masing bukan? Pasti akan mencuba walau apa cara sekalipun untuk menjayakan proses menyusu bukan? Yang penting, keinginan untuk berjaya lebih-lebih lagi bila memikirkan betapa pentingnya khasiat susu badan kepada bayi berbanding dengan susu formula.


    Mana-mana ibu semestinya akan merasa puas jika dapat menyusukan bayinya sendiri tanpa diselang-selikan dengan susu formula yang senang didapati di pasaran pada masa kini.

    Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah caranya untuk menambahkan produksi susu badan? Salah satu kaedah adalah dengan melakukan teknik hypnobreastfeeding.

    Kaedah ini memerlukan kita membina frekuensi dan gelombang2 untuk menguatkan minda bawah sedar kita. Minda bawah sedar ni adalah minda segar. Ia hidup selama 24jam setiap hari! Tak pernah tidur. Teknik ini dapat membantu para ibu untuk berjaya menyusukan anak-anak mereka apabila minda ini ditanam dengan kata-kata yang positif. Contohnya: 

    'Aku boleh susukan anak aku' 

    'Susu aku banyak' 

    'Aku hanya susukan anak aku dengan susuku sendiri'

    ''The most important thing is peace of mind. Peace of mind is important to produce enough milk,''said Lanny Kuswandi, hypnobirthing expert and Compass hypnobreastfeeding when found in the Pro V Male Clinic.
    "Listen to baby, look at snoring breathing. There will be baby-bonding or affection that will trigger the endorphin hormone (hormone that makes peace, RED) so that the body was not tense".
    "If you've awakened the positive intention of the mother, then the mind will become calm, all the cells will become more healthy, and producing enough milk for their infants until the age of 6 months. 
    Actually, ''exclusively breastfed infants up to two years. For baby's brain develops most rapidly at this age''.
    Bila dan bagaimana kita nak asah minda untuk hypnobreastfeeding ni?
    1. Listkan dalam kertas..ayat-ayat positif. Tampalkan di peti ais. Tampalkan dalam bilik. Tampalkan di workstation.
    "Aku mampu menyusukan anak-anakku hanya dengan HANYA SUSUKU sehingga mereka berusia 2 tahun".


    2. Baca ayat-ayat positif ini setiap kali bangun tidur, ketika hendak masuk tidur. Semasa mengepam susu, semasa tengok susu, semasa tengok muka anak, semasa down, sentiasalah menyebut ayat-ayat ini.



    3. Semakin merudum susu, semakin kuat dan kerap serapkan kata-kata positif ini pada diri, dengan YAKIN, walaupun pada mulanya tidak begitu yakin, lama-kelamaan pasti akan yakin jika sentiasa menyebutnya.



    4. Tenangkan hati dengan merenung muka anak, gambar anak, dengar anak bernafas, bau anak, cium di tengah malam dan pagi-pagi hari, pasti ia akan menguatkan lagi KEAZAMAN ibu-ibu untuk terus berjuang untuk menyusukan anak-anak dengan susu masing-masin.

    Dan akhirnya, minda bawah sedar ibu2 akan semakin tajam dan produksi susu akan semakin meningkat!
    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768

    Monday 3 March 2014

    Panduan Untuk Kesihatan Sistem Pencernaan

    Sistem pencernaan adalah sistem paling penting dalam kehidupan kita. Ia merupakan sistem yang menyerap nutrien dan membuang bahan toksik. Kegagalan sistem pencernaan berfungsi dengan baik akan menyebabkan tubuh badan kita gagal menyerap nutrien yang optimum, dan juga tidak dapat menyahtoksin dengan sempurna. Sudah pasti masalah pencernaan memberi pelbagai kesan tidak elok kepada aktiviti seharian kita.

    5 cara untuk memperbaiki kesihatan sistem pencernaan:-

    • Makanlah makanan yang menghasilkan alkali sebanyak 80% dan makanan yang menghasilkan asid sebanyak 20%. Oleh itu kena banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. 


    • ACID ALKALINE FOOD 

    • Makanlah buah yang lembut dan mudah menjadi busuk sebagai snek, contohnya betik, mangga, tembikai susu, etc.
    • Memakan protein dari sumber haiwan bersama sayuran.
    • Elakkan semua sumber karbohidrat bertapis.
    • Jangan makan sebelum tidur atau sebaik saja bangun tidur. 


    Jagalah kesihatan sistem pencernaan ini. Pemilihan makanan yang baik pasti memudahkan makanan kita diproses, dicerna dan diserap nutrisinya.

    Sekiranya mengambil vitamin, pastikan ambil selepas waktu makan untuk mengoptimumkan penyerapan nutriennya.

    Untuk detox bahagian usus, anda boleh mengamalkan Herb-Lax dari Shaklee.
    herb lax shaklee

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768

    Sunday 2 March 2014

    Mengurangkan Tekanan @ Stress Dengan Makanan.

    Amalan diet seimbang bukan sahaja memastikan kesihatan badan malah turut memastikan kesihatan mental, iaitu perkara yang kerap berlaku kepada orang yang sibuk iaitu tekanan.

    Tekanan yang berlebihan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu perasaan, pengurangkan tumpuan dan memberi kesan buruk kepada fungsi semua organ dalam badan termasuk boleh menyebabkan kanser.

    Tekanan turut menyebabkan kehilangan atau kekurangan nutrien terutama antioksida, seperti vitamin C, B Complex, magnesium dan kalsium. Akibatnya orang menglami tekanan mudah jatuh sakit, sentiasa keletihan yang melampau walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat dan cenderung untuk mendapat penyakit mental. 

    Dalan keadaan tertekan, seseorang cenderung untuk mengalami masalah emosi makan. Iaitu makan ketika tidak lapar atau makan makanan tidak berkhasiat.

    Akibatnya, kita lebih cenderung untuk mengambil makanan yang tinggi gula, garam, lemak dan snek yang tidak sihat.

    Antara Makanan Yang Membantu Kurangkan Tekanan

    Sumber ikan

    Ikan yang tinggi kandungan omega-3 membantu menstabilkan hormon kortisol yang yang mengakibatkan tekanan.




    Bijirin penuh

    Mengandungi karbohidrat kompleks yang merangsang pengeluaran hormon serotonin.
    Bijirin penuh kaya dengan vitamin B dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

    Aprikot kering

    Mengandungi magnesium dan berkhasiat untuk menenangkan otot dari dalam dan turut mengawal atur hormon tekanan.


    Kenapa makanan-makanan ini? Sudah tentu kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya seperti antioksida, kalsium dan magnesium serta omega-3 yang dapat mengawal radikal bebas dan mengimbangkan elekrolit atau bahan kimia dalam badan yang menyebabkan tekanan.

    Sumber kekacang

    Sumber yang kaya dengan vitamin B2 dan E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam rembesan hormon serotonin iaitu hormon yang memberi rasa gembira.
    Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan tekanan, manakala vitamin E, antioksida yang dapat mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti penyakit jantung.

    Susu

    Mengandungi kalsium yang turut memainkan peranan dalam mengawal tekanan

    Labu merah dan jambu batu

    Sumber yang kaya dengan antioksida termasuk vitamin A dan C yang mengurangkan radikal bebas yang dihasilkan daripada tekanan yang sudah tentu memberi kesan buruk kepada kesihatan badan.

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

    Email: norliazirajusoh@gmail.com
    SMS / Whatsapp 018-2911768