Tuesday 6 May 2014

Mealshake dan Omega Guard Shaklee

Risau kan bila anak-anak tak sihat, kurang selera makan? Sebagai ibu bapa, kita pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak terutamanya ketika mereka sedang membesar. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan suplemen untuk membantu tumbesaran mereka dengan baik.jangan sangka ibu dan bapa sahaja yang memerlukan penjagaan kesihatan secara maksimum. Kanak-kanak juga berhak mendapat suplemen untuk tubuh badan yang sihat, sekaligus minda yang cerdas.


Kenapa Mealshake dan Omega Guard penting dan terbaik untuk anak anda?

Mealshake:
  1. Nutrien yang lengkap: Memberi 24 jenis A ke Z vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan mineral akanmemberi kesan kepada penyerapan vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  2. Bekalan nutrien utama untuk sel-sel tubuh: Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalammembentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain.
  3. Membantu Tumbesaran: Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  4. Anti-oksidan: Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen anti-oksida bertindak melawan jangkitan & anti-penuaan.
  5. Mengembalikan Seri  Wajah: Mengandungi vitamin B-Kompleks, zat besi, & copper yg cukup utk mbentuk sel-seldarah merah yang sihat, sekali gus memberi komplikasi wajah/kulit yg cantik.
  6. Detoksifikasi: Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut / ususpergerakan) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
  7. Rasa sungguh lazat sesuai utk semua golongan: Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi; penambahan segera nutrien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Cara Pengambilan Mealshake:


  • Bayi untuk 6 bulan hingga 3 tahun - 1 sudu kecik 2-3 kali seminggu
  • Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas (Anak-anak yang lebih aktif dan terdedah dengan ramai orang terutamanya yang sudah ke tadika) - 1 sudu besar setiap hari
  • Golongan dewasa – 1 sudu besar 1-2 kali sehari
  • Mealshake boleh dicampur atau dikisar dengan buah-buahan,dijadikan smoothie,campur dengan susu segar,walau apa pun jenis minum kegemaran anda.
     
    Sekiranya anda juga sedang mengambil ESP & Perfomance Drink, boleh dicampur skali. 

    Sesuai utk anak yg kurang selera makan/picker eater/golongan remaja/tua yg kurang berat badan. 
       Omega Guard:
      1. Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
      2. Meningkatkan sistem imunisasi
      3. Menapis segala virus dan bacteria daripada badan
      4. Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 dari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan
      Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

      Email: norliazirajusoh@gmail.com
      SMS / Whatsapp 018-2911768
      SID: 1098789

      Tips Ringkas Tapi Penting Bila Anak Demam

      Tips ringkas Untuk Hadapi Anak Demam:-

      1. Sediakan "first aid kit" di rumah dengan keperluan-keperluan seperti termometer, basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak)
      2. Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam. Kalau di bawah 38 degree C, saya selalu beri anak minum air Musoffa dan Performance drink.
      3. Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya, insya-Allah).
      4. Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak. Alternatif, saya beri anak minum Performance Drink.
      5. Saya berikan anak-anak saya Nutriferon semasa mereka demam.
      6. Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah 38 degree C). Tapi pastikan sukat selalu suhu badannya. Anak saya biasanya lepas 1-2 jam, panas badan dah turun.
      7. JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
      8. Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK.
      9. Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Macam takde harapan nak hidup je mak aku ni.
      10. Doakan yang baik-baik sahaja... Jangan terlalu ikut emosi. 
      *** Tips untuk anak demam ringan saja. Kalau demam sebab penyakit2 tertentu cepat2 rujuk pada doktor... Tak payah tunggu orang ni kata apa orang tu kata apa. Once hit 38 degree C, terus bawa jumpa doktor tak payah fikir-fikir lagi dah. There are lots of cases lambat bawa ke doktor yang 'merosakkan' badan anak itu.

      Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

      Email: norliazirajusoh@gmail.com
      SMS / Whatsapp 018-2911768
      SID: 1098789

      Monday 5 May 2014

      Bila Anak Demam



      Demam adalah perkara yang merisaukan ibu bapa. Bila anak demam, ibu bapa jadi panik dan mungkin tertanya-tanya "Anak aku fully breastfeed tapi kenapa demam juga?"

      Pertama kita kena tahu apakah itu demam? Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba-tiba disebabkan oleh tubuh anak kita terdedah pada virus baru. Sebab itu lah selalu jumpa doktor, dia kata "Ini viral fever".

      Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu nak cepat2 beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. 


      Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.


      Jadi ibu kena ada termometer di rumah untuk sukat suhu badan anak kalau rasa badannya panas. Kalau suhu badannya tak melebihi 38 degree C, ibu tak perlu risau, tapi itu adalah indicator bahawa anak perlukan vitamin untuk meningkatkan imuniti tubuhnya. Bila melebihi 38 degree C, sebaiknya bawa terus berjumpa doktor. Ini kerana demam tinggi tu boleh jadi indicator kepada penyakit-penyakit lain, seperti:

      • denggi
      • jangkitan bakteria seperi sreptococus
      • pendarahan dalaman
      • petanda kanser terutama yang berkaitan dengan darah dan sebagainya
      • jangkitan terhadap organ seperi pneumonia, etc
      • penyakit autoimune
      • kerosakan organ dalaman
      • jangkitan virus seperti selesema, hepatitis, etc
      Dalam kes-kes di atas, demam adalah petunjuk yang penting. Oleh itu kalau sering demam panas, jangan pandang ringan. Lebih-lebih lagi demam panas boleh membawa kepada sawan.

      Sistem imuniti berbeza-beza pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat dan seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira dan bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.

      Kerana itulah anak-anak selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.

      Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh anak kita sendiri.


      Suplemen terbaik untuk anak-anak anda.

      Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

      Email: norliazirajusoh@gmail.com
      SMS / Whatsapp 018-2911768
      SID: 1098789

      Saturday 3 May 2014

      Diet Sihat untuk Ibu Menyusu

      Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. 

      Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan. 



      Secar logiknya, anda berkongsi makanan anda dengan bayi anda ketika anda menyusukan kerana segala sesuatu yang anda makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika anda hamil, tetapi juga ketika anda sedang menyusui. 

      Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Apabila anda menyusui selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan utama anda. Makanan asas anda mungkin bijirin dan susu, roti bakar, roti, yoghurt, buah-buahan dan makanan lain yang boleh anda sediakan atau ambil dalam masa yang singkat. Tapi diet ini tidak memberikan anda tenaga yang anda perlukan.

       Cuba tips ini untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang cukup untuk anda dan bayi: 
      1. Apabila anda atau pasangan anda memasak, pastikan memasak di dalam jumlah yang besar supaya sebahagiannya boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula.
      2. Beli makanan yang telah di masak dalam kuantiti yang besar dan simpan sebahagiannya. Sekurang-kurangnya anda telah ada satu makanan yang hanya perlu dipanaskan sahaja.
      3. Apabila membuat sandwic, selain daripada mentega, anda juga boleh menambahkan bahan berprotein atau salad di dalamnya.
      4. Sayuran berbatang - simpan di dalam peti ais dan hidangkan bersama keju atau mentega kacang.
      Intoleransi makanan 
      Bayi anda bertindak balas terhadap apa yang anda makan. Ini adalah contoh klasik: jika anda makan banyak buah prun untuk merangsang perut anda selepas melahirkan anak, bayi anda juga akan mendapat cirit birit. Beberapa bayi mendapatkan reaksi seperti ruam atau sakit perut jika anda makan banyak kekacang, bawang putih atau makanan pedas. Jika anda mengesyaki anak anda bertindak balas terhadap sesuatu yang anda makan, anda perlu berhenti mengambil makanan tersebut sebagai diet anda selama beberapa hari dan lihat kesannya selepas itu. Apabila anda mengambil makanan itu kembali, anda akan mengetahui jika makanan tersebut serasi dengan bayi anda atau tidak. 

      Alahan makanan 
      Bayi anda juga boleh bertindak balas terhadap apa yang anda makan jika bayi anda alah terhadap makanan tertentu, seperti susu lembu. Jika anda mengesyaki adanya alahan makanan, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaiannya. Berhati-hati dengan diet anda dan sentiasa dapatkan nasihat pakar. Misalnya, memberhentikan pengambilan susu dari diet akan menghalang anda dan bayi mendapatkan sumber kalsium penting. Memberi bayi anda menyusu badan untuk sekitar enam bulan adalah langkah yang baik ke arah mencegah alahan pada bayi anda. 

      Menyusui membuatkan anda haus 
      Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 cawan air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusui. Cecair tambahan mungkin diperlukan semasa cuaca panas, selepas bersenam atau jika anda muntah atau sembelit. Kurangkan meminum kopi dan teh. Berhati-hatilah meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Teh tidak boleh diminum semasa makan kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan juga minuman tenaga. 

      Makan pelbagai makanan sihat setiap hari daripada empat kumpulan makanan berikut: 
      • Sayuran dan buah-buahan
      • Roti dan bijirin 
      • Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik) 
      • Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin.
      Anda juga perlu menghadkan pengambilan lemak (terutama lemak tepu), makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis dengan:- menyediakan makanan kurang garam, gula dan lemak.

      Hati-hati apabila membeli, menyiapkan, memasak dan menyimpan makanan untuk memastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan. Iodin adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal bayi. Makan makanan beriodin sekerap mungkin, seperti susu rendah lemak, roti bijirin, telur, ikan dan makanan laut. Makanan yang mengandungi rumpai laut, seperti sushi adalah sumber iodin yang tinggi tetapi pastikan ianya disediakan segar. 

      Vitamin D 
      Vitamin D penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Vitamin D dibina di dalam badan melalui sinaran matahari ke atas kulit anda. Itulah sebabnya kita digalakkan meluangkan sedikit masa di luar rumah. Vitamin D juga boleh di dapati dalam ikan segar atau dalam tin (tuna, sardin, salmon, mackerel), telur, minyak ikan dan marjerin bervitamin D. 

      Dapatkan zat besi yang banyak

      Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. 

      Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga anda untuk mendapat nasihat. 

      Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 



      Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

      Email: norliazirajusoh@gmail.com
      SMS / Whatsapp 018-2911768
      SID: 1098789