Monday 5 May 2014

Bila Anak Demam



Demam adalah perkara yang merisaukan ibu bapa. Bila anak demam, ibu bapa jadi panik dan mungkin tertanya-tanya "Anak aku fully breastfeed tapi kenapa demam juga?"

Pertama kita kena tahu apakah itu demam? Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba-tiba disebabkan oleh tubuh anak kita terdedah pada virus baru. Sebab itu lah selalu jumpa doktor, dia kata "Ini viral fever".

Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu nak cepat2 beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. 


Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.


Jadi ibu kena ada termometer di rumah untuk sukat suhu badan anak kalau rasa badannya panas. Kalau suhu badannya tak melebihi 38 degree C, ibu tak perlu risau, tapi itu adalah indicator bahawa anak perlukan vitamin untuk meningkatkan imuniti tubuhnya. Bila melebihi 38 degree C, sebaiknya bawa terus berjumpa doktor. Ini kerana demam tinggi tu boleh jadi indicator kepada penyakit-penyakit lain, seperti:

  • denggi
  • jangkitan bakteria seperi sreptococus
  • pendarahan dalaman
  • petanda kanser terutama yang berkaitan dengan darah dan sebagainya
  • jangkitan terhadap organ seperi pneumonia, etc
  • penyakit autoimune
  • kerosakan organ dalaman
  • jangkitan virus seperti selesema, hepatitis, etc
Dalam kes-kes di atas, demam adalah petunjuk yang penting. Oleh itu kalau sering demam panas, jangan pandang ringan. Lebih-lebih lagi demam panas boleh membawa kepada sawan.

Sistem imuniti berbeza-beza pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat dan seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira dan bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.

Kerana itulah anak-anak selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.

Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh anak kita sendiri.


Suplemen terbaik untuk anak-anak anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment