Monday 9 May 2016

15 Aktiviti Bersama Anak Kecil

Tempoh utama pembelajaran berlaku pada tahun-tahun pertama kehidupan bayi. Manakala ibu bapa adalah modul pembelajaran terbaik bagi bayi masing-masing. 

Luangkanlah masa untuk bersama mereka dengan 15 aktiviti yang menyeronokkan, pasti anak-anak anda akan sangat teruja!

Susukan dengan susu ibu
Kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai IQ yang tinggi. Susukanlah mereka selama yang boleh. 


Menyanyikan lagu untuknya 
Kajian menunjukkan mempelajari muzik ada kaitannya dengan pembelajaran matematik. Belajarlah sebanyak yang mungkin lagu yang anda boleh atau pun, rekalah lagu sendiri untuk dinyanyikan kepadanya.

Guna kad imbasan
Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak mengenal  A B C atau pun 1 2 3. Tunjukkan kad satu persatu dengan cepat. Apabila kad bergerak laju, otak kanan akan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan. Dalam tempoh seminggu, lihatlah kesannya. InsyaAllah anak-anak pasti akan dapat menghafal nombor dan perkataan yang anda perkenalkan.

Melukis
Cuba anda lukiskan hanya sebahagian sahaja dan minta anak anda menyiapkannya. Aktiviti dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.



Bermain teka-teki
Letakkan objek di dalam kotak tisu minta anak meneka apakah objek itu. Mulakan aktiviti dengan memberi petunjuk seperti warna atau pun bunyi.

Sertai playground
Dedahkan mereka dengan anak-anak lain yang sebaya. Kaedah ini dapat melatih anak-anak lebih berani berkomunikasi dengan individu yang lain.

Belajar muzik
Muzik boleh merangsang minda dan menguatkan daya ingatan anak-anak. Kajian mendapati anak-anak yang bermain alat muzik seperti biola dan piano memperoleh skor keterampilan komunikasi lebih tinggi.

Beriadah
Luangkan masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk berjoging, atau pun mengajak anak-anak bersama melakukan aktiviti sihat yang boleh mengeluarkan peluh. Dorong lah mereka untuk mengamalkan cara hidup sihat yang membantu merangsang otak si manja lebih cergas dan cerdas.

Hasilkan buku binatang
Ambillah gambar haiwan yang ditemui dan abadikan di dalam buku skrap.  Bacalah buku itu bersama-sama sambil menamakan dan juga membuat bunyi binatang berkenaan.

Main dengan warna
Pilih satu warna tertentu dan minta si manja anda mencari objek lain yang mempunyai warna sama. Selepas itu berikan mereka peluang untuk memilih warna manakala anda pula mencari objek yang mempunyai warna sama.

Kraf tangan
Cuba lakukan kerja kraf seperti bermain tanah liat, menggunting kertas,membuat origami, dan sebagainya.

Bercerita
Mulakan dengan satu cerita dan minta anak-anak untuk menyambung kesudahan mengikut kreativiti dan imaginasi mereka.



Doa sambil nasihat
Luangkan sedikit waktu untuk berdoa sambil mengusap kepala anak-anak dan pada masa yang sama memberi nasihat berguna.

Kurangkan menonton televisyen
TV disifatkan boleh merosakkan keterampilan mental dan mensia-siakan waktu untuk perkembangan otak si manja. Seelok-eloknya buka ruang untuk anak-anak agar lebih banyak berbual dan berkomunikasi dengan mereka. Melayan kerenah mereka dan menjawab segala persoalan yang mereka ajukan.

Akrab dengan buku
Membaca adalah jambatan ilmu. Pupuklah minat suka membaca sejak dari kecil agar tabiat itu berterusan sehingga dewasa.




Sumber : Majalah Pa & Ma

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment