Thursday 5 May 2016

8 Tips Untuk Sentiasa Tenang

Ketenangan jiwa adalah sumber bagi kebahagiaan. Seseorang itu sukar mengalami perasaan yang bahagia sekiranya jiwa tidak tenang. Hakikat sebuah kehidupan yang dilayari, semakin jauh direntasi maka semakin banyak juga peristiwa yang berlaku.

Jadi, bagaimana untuk bertenang? Apakah ada kaedah tertentu untuk membolehkan kita sentiasa tenang? 


Di sini ada 8 tips untuk sentiasa tenang. 

Solat
Solat dapat membantu mendapatkan ketenangan. Ketika bersolat, hati, jiwa, fikiran dan minda perlu berada dalam keadaan khusyuk. 
 
Niat
Untuk sentiasa tenang dan membina ketenangan dalam diri, mulakanlah dengan niat. Kenapa mahu bertenang? Contohnya, anda mahu melatih diri untuk sentiasa tenang dalam menghadapi apa jua situasi yang anda hadapi.

Bernafas
Bernafas lah. Bernafas dapat membantu anda berasa tenang. Tarik nafas dalam-dalam sebanyak yang mungkin melalui hidung dan tahan selama 3-4 saat sebelum menghembuskan semula secara perlahan-lahan. Seeloknya diulang sehingga 7 kali. Teknik ini boleh dilakukan dalam apa jua aktiviti seharian anda.

Kawal emosi
Banyakkan bersabar. Apabila bersabar, anda menahan diri agar dapat bertenang. Ketika menahan kemarahan juga, sudah tentu masih ada perasaan marah tetapi anda yang mengawal! Bina ketenangan dengan melatih diri untuk senantiasa bersabar. Banyak manfaatnya.

Dekatkan diri dengan orang yang tenang
Bersahabatlah dengan orang-orang yang positif mindanya. Aura positif mereka pasti akan kita rasai. Apabila berada di kalangan orang yang sentiasa tenang dan positif ini, sedikit sebanyak kita akan terpengaruh dengan sikap mereka.

Elakkan berpeluk tubuh
Ini adalah posisi defensif. Kebiasaannya kita akan berpeluk tubuh apabila sedang bercakap, duduk, menonton televisyen, hatta berjalan sekalipun. Posisi ini langsung tidak membantu anda untuk bertenang. Sebaliknya, cuba menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalam dengan seseorang.

Longgarkan otot, sendi, dan urat kening
Seboleh-bolehnya mengelakkan dari mengerut kening ketika sedang berfikir, melihat ke arah sesuatu atau ketika makan sekalipun. Ini kerana aktiviti begini akan membuat anda berasa tertekan. Ambil masa untuk meregangkan otot-otot dengan senaman ringan walaupun hanya 5 minit.

Let go
Sebagai manusia, kita tidak lepas dari masalah. Cubalah untuk let go. Sekiranya ada masalah dengan orang sekeliling, maafkanlah mereka. Setiap malam sebelum tidur, ucapkanlah bahawa kita maafkan semua orang untuk segala apa yang mereka lakukan terhadap kita. Semakin lama, kita akan rasa tenang kerana perasaan dendam dan marah itu akan hilang juga akhirnya.

Selamat mencuba, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga.
 


No comments:

Post a Comment