Saturday 1 October 2016

Faedah dan Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Protein berasal daripada perkataan Greek, iaitu PROTOS yang mempunyai maksud 'The first' manakala badan kita terdiri daripada:-
  • 66% air
  • 25% protein
  • 8% lemak
  • 1% kombinasi mineral dan vitamin
Manusia memerlukan protein untuk pertumbuhan badan. Protein adalah perkara asas yang diperlukan oleh sel-sel dan organ di dalam badan. Sel adalah struktur asas badan manusia. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan sebagai kunci kesihatan yang optimum untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi, dan neurotransmitter.

Tahukah anda, bahawa kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah berasal daripada protein?

Badan kita terdiri daripada lebih kurang 75 trillion sel. Sel ini penting untuk:-
  • sel membentuk tisu
  • tisu membentuk organ
  • organ membentuk sistem badan
  • sistem yang bergerak bersama, mewujudkan seorang manusia
Kesemua ini bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti:-
  •  membina sel-sel baru
  • menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu yang baru
  • menggantikan tisu-tisu yang cedera atau rosak dengan tisu-tisu yang baru
Boleh dilihat dan difahamikan, kenapa protein penting kepada tubuh badan kita?


Ini adalah Energizing Soy Protein Shaklee atau lebih dikenali dengan nama ESP Shaklee.

ESP Shaklee diiktiraf di seluruh dunia. Sebabnya, ia diuji secara klinikal dan kualiti protein nya yang tinggi serta diperbuat daripada tumbuhan yang ditanam secara organik.

Kelebihan ESP berbanding produk soya yang lain adalah, ia dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (iaitu kacang yang tidak diubahsuai secara genetik) dan ia adalah concentrated, yang mana 1kg ESP diperbuat daripada 30kg kacang soya asli.

ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ESP juga merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Protein kacang soya, adalah 2X lebih tinggi daripada daging, 4X lebih tinggi daripada telur, dan 12X lebih tinggi daripada susu.

Apa yang lebih bagus tentang ESP adalah, ianya rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap olh tubuh badan. Oleh sebab itu, ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur, sama ada tua atau pun muda.

Apakah faedah kepada pengguna yang mengamalkan ESP secara konsisten?

  • Kekal muda. Kenapa? Kerana asid amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein badan, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit.
  • Mengandungi hormon yang berasaskan tumbuhan semulajadi. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Membantu memulihkan fungsi prostat lelaki. Genistein dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat dan keupayaan seksual lelaki terpelihara.
  • Mencantikkan dan menganjalkan kulit. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Memulihkan pigmentasi. ESP melambatkan  proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memberi tenaga segera. ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. Oleh sebab itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan sebagainya.
  • Membantu menguatkan memori kesan daripada pemulihan sel badan dengan protein yang mencukupi.
Itulah faedah-faedah ESP Shaklee, protein yang bermutu tinggi dan pastinya berbeza daripada soya-soya yang boleh kita temui di tempat lain.

Sayangilah diri kita. Dapatkan ESP Shaklee ya!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

email: norliazirajusoh@gmail.com
Whatsapp/SMS: 018-2911 768
SID: 1098789




No comments:

Post a Comment