Monday 3 October 2016

Petua Orang Dulu-dulu

Orang tua memang ada banyak sangat petua. Kebanyakan petua nya pun boleh diamalkan tanpa perlu berbelanja besar. Hari ini saya ingin kongsikan beberapa petua yang mungkin berfaedah untuk anda.

Sihat tubuh badan

Kebiasaannya apabila mempunyai aktiviti pada sebelah pagi, pastinya awal-awal pagi lagi kita sudah bangkit dari tidur. Setelah siap mendirikan solat Subuh (bagi yang beragama Islam), seeloknya cuba lah untuk melakukan senaman ringan.

Hiruplah udara segar di luar rumah dan jika ada laman yang berumput, amalkan berjalan tanpa memakai kasut ataupun selipar. orang tua biasa panggil aktiviti ini sebagai 'mandi embun'.




Mudah Bangun Pagi

Anda inidividu yang sukar bangun pagi? Pertama sekali, pastikan anda tidur pada waktunya. Ketika usia belasan tahun, anda perlukan tujuh sehingga lapan jam tidur.

Selain itu, anda boleh cuba menepuk bantal sebanyak tiga kali sebelum tidur, sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan berniat di dalam hati untuk bangun pagi.

InsyaAllah, anda akan terjaga dengan sendiri pada esok pagi.



Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buang bijinya. Kemudian, makanlah buah limau berkenaan beserta kulitnya. Amalkan setiap hari.




Menghilangkan Bau Ketiak

Cuba lakukan ini setiap hari ketika mandi. Sambil mencangkung, gosokkan ketiak di kepala lutut. Selain itu, sapu belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak setiap kali selepas mandi.

Saya lebih senang amalkan mengambil supplement Shaklee iaitu Alfalfa Complex.




Menghilangkan Ketuat

Lebih senang jika anda ada pokok betik di rumah, masalah ketuat dapat diselesaikan dengan mudah. Petik pelepah betik dan titiskan getahnya pada pelepah itu ke atas ketuat.

Biarkan ia kering sendiri. Ulangkan beberapa kali selama beberapa hari, ketuat akan mengering dan gugur sendiri.




Kasut Berbau

Ramai mengalami keadaan ini yang mana peluh pada kaki akan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan pada kasut. Oleh sebab itu kita digalakkan memakai stokin.

Anda juga boleh menggumpalkan surat khabar lama dan memasukkannya ke dalam kasut bagi mengeringkan bahagian dalamannya, sekaligus mengurangkan bau busuk.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Seperti yang dikatakan, semua petua di atas adalah senang dan murah malahan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Emel: norliazirajusoh@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 018-2911 768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment