Saturday 18 October 2014

Sediakan Diri Untuk Menyusui si Kecil Tersayang.

Setiap ibu pasti ingin menyusui sendiri bayi mereka, bukan? Tidak kiralah ibu yang baru bersalin pertama kali, mahupun yang pernah melalui saat melahirkan itu berkali-kali. Saya juga mempunyai naluri yang sama bila memikirkan kesihatan bayi yang masih kecil dan paling memerlukan sebaik-baik khasiat untuk membantu pertumbuhan minda dan tubuh mereka. Perasaan yang amat indah bila dapat menyusui bayi, sehingga mereka terlelap kekenyangan. Bila bayi gembira, ibu-ibu lah yang paling berasa bahagia.



Bagaimana untuk memastikan kita bersedia untuk menyusui bayi?

Belajarlah sebanyak mungkin mengenai penyusuan badan sebelum bayi anda lahir, terutama kepada yang bakal menjadi ibu. Bagi ibu-ibu yang sudah berpengalaman, juga tidak salah jika ingin menambahkan lagi pengetahuan mengenai kaedah penyusuan badan ini. Antara cara yang boleh dicuba adalah:-

  • Berbincang dengan ibu menyusu yang lain
  • Bacalah buku yang berkaitan untuk membiasakan diri
  • Hubungilah organisasi sokongan penyusuan badan berdekatan tempat anda
  • Sertai kelas penyusuan ataupun sesi persediaan penyusuan badan (kebanyakannya dianjurkan di hospital)
Semakin banyak pengetahuan anda mengenai kaedah penyusuan badan ini dan faedahnya, semakin senanglah untuk anda menjayakan sesi-sesi penyusuan bila si kecil anda tiba nanti.


Sama ada anda memikirkannya ataupun tida, badan anda pada ketika ini sedang bersiap-sedia untuk penyusuan badan. Oleh kerana itulah, jika anda perhatikan, saiz payudara menjadi begitu besar ketika hamil.

Ketika ini, duktus susu dan sel penghasilan susu anda sedang berkembang, dan lebih banyak darah mengalir ke payudara berbanding sebelumnya. Namun begitu, saiz payudara tidak ada kaitan dengan keupayaan menyusukan dengan berjaya. Walaupun payudara anda kekal kecil, ia tidak akan mengurangkan peluang anda untuk menyusukan anak anda sendiri. 

Yang penting adalah usaha dan keinginan yang utuh untuk memberikan khasiat terbaik untuk bayi anda dengan memberinya susu badan.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment