Monday 27 October 2014

Bengkung Untuk Cantik Langsing Selepas Bersalin

Berpantang selepas bersalin merupakan pengalaman yang penuh dengan kisah pahit dan manis nya, berbeza-beza bagi setiap individu, Namun, setiap wanita Melyu bersalin kebanyakannya masih tetap gigih menjalani tempoh berpantang selama 44 hari. Mereka sanggup menempuhinya meskipun penuh dengan cabaran. Kerana apa? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapat kembali bentuk badan yang asal, bahkan mereka akan menjadi sihat dan cergas seperti sediakala, tampil jelita dan mampu menarik minat suami tercinta.

Terdapat beberapa amalan berpantang yang penting yang masih dilakukan sehingga ke hari ini, akan tetapi amalan berbengkung merupakan yang paling diutamakan.

kehamilan dan kelahiran menganggu bentuk badan wanita dan boleh dikatakan semua otot mereka, tulang, urat, sendi, bertukar keadaannya dan menjadi sedikit berkembang dan bengkak. Keadaan ini disebabkan oleh hormon ketika hamil. Pemakaian bengkung boleh mengempiskan perut, disamping itu ia juga membantu mengecutkan rahim yang bengkak dan merapatkan faraj yang longgar dan regang akibat proses kelahiran.

Antara Faedah-faedah Berbengkung:

  1. Mengempiskan perut, menyokong potongan badan kembali kepada bentuk asal.
  2. Mengurangkan berat badan.
  3. Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
  4. Memecahkan lemak dan selulit
  5. Melindungi organ dalaman, membolehkannya cepat kecut dan kembali ke tempat asal (peranakan)
  6. Menggalakkan postur yang baik (banyak membantu ketika penyusuan)
  7. Mencegah aktiviti makan berlebihan 
Secara tradisionalnya, bengkung dijahit oleh ibu untuk anaknya yang hamil. Tetapi kini, bengkung boleh didapati di kedai-kedai tertentu. 

Malahan ada yang dijual secara online. Terdapat bengkung ringkas, iaitu bengkung barut yang sama seperti barut untuk bayi dan kanak-kanak. 

Ada juga bengkung moden yang senang dipakai, bentuknya lebar dak diikat secara berselang-seli dari bawah ke atas. 

Tidak lupa juga bengkung Jawa atau dipanggil juga bengkung lilit. Ia merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dan dililit kemas pada badan.

Pilihlah bengkung yang berkualiti agar boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari agar tidak terurai hinggalah waktu mandi petang. Bengkung sepatutnya dipakai sepanjang waktu (siang dan malam), namun pada masa kini kebanyakan kaun hawa memilih untuk memakai bengkung selama beberapa jam sahaja.

Pemakaiannya haruslah betul. Bermula dari bawah dan menutupi abdomen dan diikat ketat hingga ke bawah payudara. Bengkung haruslah  tidak terlalu pendek kerana dikhuatiri menjejaskan pemulihan rahim.Pemakaian bengkung yang terlalu pendek dan tidak ketat  akan menolak rahim ke bawah.

Apabila memakai bengkung:

  • Lapiklah bengkung dengan kain lain agar tidak kotor, alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
  • Sapukan minyak dengan ramuan herba (sapu di bahagian perut dan juga belakang).
  • Sekiranya sukar mendapatkan daun-daunan herba, boleh digantikan penggunaannya dengan krim bengkung (boleh didapati di kedai)
Sepatutnya, berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan lain kebiasaannya seperti bertungku, berurut, makan jamu, dan juga mandi herba melengkapkan amalan berpantang. Sekiranya diamalkan dengan betul, amalan berpantang banyak membantu ibu baru bersalin mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.

Tempoh berpantang selama 44 hari ini amat lama bagi kaum wanita. Bantuan kaum keluarga dan si Ayah juga memainkan peranan penting agar dapatlah mereka menjalani amalan berpantang dengan aman dalam usaha untuk kembali sihat seperti sediakala.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment