Thursday 23 October 2014

Menyusu Badan, Punca Bayi Bijak

Memberi susu badan kepada bayi anda adalah amat menyihatkan. Penyusuan badan mempunyai banyak faedah untuk kedua si ibu dan juga bayinya. Ia merupakan permulaan terbaik untuk bayi anda. Lebih-lebih lagi susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam tempoh enam bulan pertama kehidupannya. 

Susu ibu memang tiada apa-apa kelemahan! Manfaat nutrisi susu ibu memang tidak dapat dipersoalkan. Ia mengandungi lemak asid dan protein yang amat penting untuk pertumbuhan sel dan tisu bayi anda.

Susu ibu mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi dalam tempoh enam bulan pertama. Tambahan pula, ia melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan penyakit. Penyusuan badan banyak membantu bayi anda melawan infeksi atau jangkitan semasa bulan-bulan pertama kehidupan. 

Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroentritis), selsema, infeksi urinari, dan juga jangkitan telinga. Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Pendek kata, susu ibu melindungi bayi anda dalam pelbagai cara. 

Selain daripada memelihara dan melindungi bayi anda dari sebarang jangkitan, menyusu badan mempunyai lebih banyak manfaat. Penyusuan badan membekalkan makanan secara praktikal. Di samping itu, menyusu badan membuatkan bayi anda terasa hangat dan selamat. Bayi anda pasti akan berasa selamat apabila berada dalam pelukan ibunya. Keadaan yang selesa ini akan membuatkannya tenang gembira.

Selain manfaatnya dari segi kesihatan, menyusu badan amat praktikal. Bayangkan, anda dapat membawa susu anda  ke mana sahaja anda pergi. Susu badan juga sentiasa berada pada suhu yang optimum, malahan ianya percuma! Menyusu badan amatlah mudah. Tiada apa untuk dicuci, disteril, ataupun disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, anda pula pasti merasakan satu kepuasan melihat dia berkembang dan membesar dengan sihat.




Menyusu badan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kebanyakan ibu-ibu baru terkejut kerana memberi susu badan tidaklah semudah yang disangka. Ia mungkin memakan sedikit masa untuk berfungsi. Ini kerana ibu perlu menyesuaikan diri untuk menyusu dan sentiasa bersedia seperti restoran 24 jam. Bayi pula perlu mendapatkan teknik menyusu yang betul. Ini adalah masalah awal yang menyebabkan kesakitan pada bahagian puting payudara. 

Oleh sebab itulah, menyusu badan dianggap sebagai seni yang harus dipelajari. Ia memerlukan ketenangan, masa, dan kesabaran. Kebanyakan ibu bapa memerlukan dua sehingga tiga minggu untuk menyesuaikan diri. Selepas itu barulah menyusu badan akan menjadi rutin yang menyeronokkan.




Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment