Wednesday 30 April 2014

Tips Berpantang Dengan Sihat

Sebagai orang perempuan, kita digalakkan menjaga kesihatan tubuh badan, tidak kira lah jika masih single mingle ataupun sudah berkahwin. Ini penting kerana kesihatan tubuh badan merupakan kunci kebahagiaan kita terutamanya jika sudah melahirkan. 

Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. 

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan memakan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan (betul ke?). 



Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memelihara kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menyebabkan ibu kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 


Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:

  1. tanah, yang bersifat kering
  2. api, bersifat panas
  3. udara, sejuk
  4. dan, air, bersifat basah
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut. 
Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa. 

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:

  1. bidan kampung
  2. pengasuh khusus
  3. emak sendiri atau ibu mertua
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. 






Kriteria yang boleh digunakan untuk menentukan pilihan produk bersalin ialah: 

Keperluan nutrisi ibu dan bayi

Secara keseluruhan set asas sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu yang penting untuk mengembalikan kecergasan dan mengawal emosi ibu supaya dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk bayi. Disamping itu, zink juga dapat membantu mencepatkan penyembuhan luka ibu.

Sekiranya ibu mempunyai masalah dalam penghasilan susu ibu, maka set 3M boleh dipertimbang kerana mengandungi ESP dan alfalfa yang digunakan sebagai penggalakan susu sejak zaman-berzaman.

Namun harus diingatkan, ibu yang berpenyakit SLE dilarang sama sekali mengambil alfalfa kerana menyebabkan simptom penyakit SLE. Pada awal kelahiran, jika bayi jaundis dinasihatkan ibu jangan dulu mengambil alfafa kerana ia bersifat panas dan boleh menyebabkan paras bilirubin meningkat.

Bagi ibu-ibu yang mengalami pertambahan berat yang berlebihan semasa hamil ingin cepat dapatkan bentuk badan sebelum mengandung, maka anda boleh dapatkan manfaat daripada set premium. Ditambah dengan ajen yang memecahkan lemak iaitu lecithin yang dapat membantu ibu mendapatkan berat badan idaman dengan lebih cepat, apatah mempunyai fungsi yang penting untuk perkembangan otak bayi dan ibu. Jika anda nak tahu, wanita mengandung cepat lupa, jadi lecithin boleh mengatasi masalah ini.

Kewangan

Dilema ibu-ibu untuk mencuba set besalin Shaklee ialah bila ada bayi perbelanjaan bertambah jadi agak sukar untuk membeli set bersalin ini. 

Jangan risau ibu kerana set ini boleh bertahan sehingga 4 bulan, bukannya tiap-tiap bulan kena beli. Sebenarnya khasiat yang ibu dan bayi dapat tidak terbanding dengan wang yang dilaburkan.  

Jika betul-betul mengalami kekangan kewangan saya cadangkan set menyusu bajet yang mengandungi ESP dan alfalfa. Gabungan 2 produk yang sangat hebat untuk membaiki sel badan dan alfalfa sangat bagus untuk detoks dan keintiman wanita. 

Satu lagi cara untuk mendapatkan produk dengan harga yang murah ialah dengan menjadi ahli Shaklee. Bukan sahaja dapat produk murah, malah dapat bonus pula tu. Siapa yang tak nak kan?

Akhir kata, mungkin tidak semua produk dalam mana-mana set diperlukan oleh anda, jadi adalah penting untuk mendapat konsultasi terbaik supaya anda tak menyesal kemudian hari. Jika anda menghubungi kami sekarang tentulah kami akan sarankan yang terbaik untuk keadaan anda kerana kami juga ibu seperti anda dan inginkan yang terbaik untuk diri dan bayi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment