Tuesday 29 April 2014

Elak Rabun

Jumlah orang yang mengalami masalah penglihatan kian meningkat ekoran gaya hidup yang tidak menentu. Mungkin ramai yang beranggapan memakai cermin mata merupakan satu trend tanpa menyedari kadang-kadang ia menyusahkan dan mendatangkan bahaya.

Sama ada anda rabun jauh, rabun dekat atau silau, anda perlu menjalankan pemeriksaan mata setiap tahun. Masalah penglihatan mata boleh dikesan seawal usia empat tahun. Terdapat empat jenis utama rabun iaitu Miopia, Hyperopia, Astigmatisme dan Presbiopia. Biar apa pun masalah penglihatan, ia boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.



Tabiat menonton kaca televisyen  terlampau dekat boleh menjadi punca kepada masalah penglihatan yang anda hadapi. Kesilapan ini bukan saja boleh menyebabkan anda rabun tetapi silau yang tinggi. Selain itu, masalah rabun boleh berlaku apabila anda melihat objek dekat terlalu lama. Ini menyebabkan bentuk mata anda tidak dapat kembali kepada bentuk asal dan sempurna.

Melihat objek dekat kurang daripada tujuh meter pun sudah memberi tekanan. Untuk mengatasi masalah ini, setiap 20 atau 30 minit melihat objek dekat, anda perlu melihat objek jauh dalam beberapa saat pula untuk bertujuan mengembalikan bentuk mata anda kepada bentuk asal. Ia juga membantu merehatkan mata dan otot mata anda.

Petua masalah penglihatan boleh dirawat dan dicegah dengan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A dan D seperti lobak merah, betik dan mangga. 

Sesekali, lakukan urutan mata:
  • di kening
  • tengah kening
  • di antara dua kening
  • di hujung mata
  • di bawah mata
Mulakan urutan dari tengah kening ke tengah, hujung mata dan ke bawah mata, seperti urutan separa bulat. Ini bertujuan untuk melancarkan peredaran darah ke mata.

Tutup kedua-dua belah mata. Letakkan jari telunjuk dan jari tengah pada tengah-tengah mata, dan tekan dengan lembut. Ini berupaya meregangkan otot mata.

Ambil minyak zaitun (olive oil), vitamin E oil ataupun Almond oil dan sapukan pada keliling mata.

Ambil 'eye supplemen' atau lain-lain makanan tambahan yang berkaitan. 


Anda juga boleh mengamalkan melihat tumbuhan hijau sebaik anda bangun pagi.

Penglihatan yang baik memberi banyak kebaikan buat anda apabila berada di sekolah mahupun universiti. Penglihatan yang baik pastinya tidak akan menyekat aktiviti luar yang anda mahu lakukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment