Tuesday 29 April 2014

Rabun Silau

Rabun silau atau astigmatism ialah keadaan di mana objek jauh dan dekat yang dilihat akan kelihatan kabur. Ini terjadi kerana seseorang yang mengalami rabun silau, permukaan bahagian depan mata iaitu kornea tidak melengkung dengan betul dan permukaannya tidak rata. Ala-ala jalan raya yang berlopak dan berlubang, lebih kurang begitulah keadaannya.


Apabila sinar cahaya memasuki mata, sinar cahaya tersebut tidak fokus tepat pada kornea, maka terhasillah imej yang kabur. Rabun silau juga mungkin terjadi disebabkan kanta mata yang terletak di belakang kornea berbentuk tidak sekata...
Rabun silau boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa, ianya ialah perkara biasa dan tidak berjangkit.



Antara simptom rabun silau ialah :-
  • imej dekat dan jauh kelihatan kabur 
  • photophobia: sensitif pada cahaya -pening kepala 
  • sentiasa menutup mata 
  • ketegangan mata: berlaku lebih kerap jika membaca atau menghadap komputer dalam jangka masa yang panjang

Biasanya rabun silau adalah bersifat genetik, dengan erti kata lain sekiranya ibubapa ada rabun silau, anak-anak mereka pun berisiko mengalami rabun silau. Oleh sebab itu, haruslah selalu memantau perkembangan anak-anak. Jangan dibiarkan sehingga kadar rabun silau sudah tinggi barulah terhegeh-hegeh nak buat cermin mata.
Dengan pencegahan awal insyaAllah mampu mengawal rabun silau dari meningkat dengan pantas.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment