Saturday 26 April 2014

Rahsia Kulit Sihat, Cantik

Anda inginkan kulit yang cantik berseri tanpa cela? Pasti boleh, sekiranya anda menjaga kesihatan kulit setiap masa. 

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda. Kulit yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda, jadi jagalah ia dengan baik.


Tips penjagaan kulit muka berjerawat:
  1. Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan membasuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seelok-eloknya, gunakanlah sabun muka jenis pengawalan minyak.
  2. Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera. 
  3. Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu.)
  4. Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Terpulang kepada kulit individu.)
  5. Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu. 
  6. Mengamalkan sebiji sehari Sustained Release Vitamin C Shaklee. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung. 
Rahsia Penting untuk Kulit Cantik:
  1. TIDAK MEROKOK
    Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.
  2. REMAJA DARI DALAM
    Minum sekurang-kurangnya 3liter air kosong setiap hari, makan makanan yang seimbang dan lebihkan mengambil buah-buahan. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
  3. PENGELUPASAN KULIT
    Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses keremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.
  4.  PELEMBAP ANTIOKSIDAN
    Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.
  5. BERSENAM
    Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman. 
    Peluh menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment