Saturday 3 January 2015

Kisah Vitamin C Saya

Pernah ke sesiapa mengalami masalah macam saya ni? Hidung saya kerap berair, sepertinya saya selsema sepanjang tahun. Silap termakan makanan laut pun, laju aje hidung saya mengeluarkan mukus. Hendak keluar rumah pun jadi tidak selesa. 

Hal ni bermula ketika saya berada di IPTA, tapi ketika itu keadaan tidaklah seteruk mana. Masih boleh dikawal lagi dengan mengambil antihistamine. Hinggalah bila saya mula bekerja di Kuala Lumpur, simptom hidung berair semakin ketara. Kekerapan bersin juga membuat saya berasa amatlah tidak selesa. Kadang-kadang hanya hidung menjadi kemerah-merahan. 

Namun adakalanya sehingga menyebabkan luka di bahagian hidung akibat selalu dilap dengan sapu tangan atau pun tisu. Pernah sekali saya bersin tanpa henti di tempat kerja sehingga mata bengkak, hidung merah dan bos saya yang baik hati itu menyuruh saya balik berehat di rumah sahaja. Masa ni cakap pun dah ada bunyi sengau sebab hidung tersumbat.

 Kadang-kadang telinga pun menjadi gatal. Bila datang gatal nya tu, sebungkus putik kapas pun saya rasa tak cukup! Lelangit pun terasa macam terbakar. Sakit dan pedih pun ade. Tiada kata untuk meluahkan perasaan bila gatal-sakit-pedih tu tiba. 

 Bila ke klinik, doktor bagi antihistamine. 

 Pada tahun 2009, saya ambil keputusan untuk menjalani pembedahan. Dalam tahun pertama selepas operation tu, saya akui memang sangat best. Nikmat nya terasa bila sedut je oksigen, bagaikan terus sampai ke paru-paru. Sangat clear! 

 Tapi tak lama, sebab keadaan hidung berair itu datang balik setelah beberapa lama. Kadang-kadang berlarutan hingga keluar mukus berwarna merah. Kata pakar, sinus hanya boleh dikawal tapi tidak boleh sembuh. (Dah tu kenapa tak cakap awal-awal sebelum doktor baraikan lubang hidung saya?) 

Sejak itu, bila simptom datang saya akan ambil Clarinase. 

 Cerita tahun 2011, masa ini saya baru selamat bersalin anak pertama. Dan masa ini juga lah saya mula mengambil makanan tambahan, yakni vitamin. Sepupu saya mengesyorkan agar cuba vitamin Shaklee. Sebenarnya saya ambil #Set Menyusu Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Alfalfa Complex, Vitamin C, B Complex. Ditambah dengan ESP Shaklee. 

 Lama kelamaan dalam tidak sedar, saya dah semakin kurang didatangi simptom sinus. Tidak sedar tetapi bila saya perhatikan, memang jarang terjadi hidung berair ke, gatal telinga ke, pedih di lelangit jauh sekali. 

Bila difikir kembali, saya dapat hubungkaitkan, bahawa vitamin Shaklee itu banyak menolong saya. Saya rasa lebih sihat! Saya kurang didatangi simptom sinus. 

Amat kurang!

Kenapa? Sebab apa? 

Utamanya bagi saya, Vitamin C Shaklee itu yang banyak membantu. 

Imuniti: Dos vitamin C yang cukup melindungi badan kita daripada jangkitan dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan kebolehan badan kita untuk membaiki luka dan melindungi daripada kuman. Selain menjaga sistem imun, vitamin C juga diperlukan untuk penghasilan kolagen, protein untuk stuktur utama yang ditemui dalam tisu penghubung. Vitamin C dalam bentuk pil membantu mempercepat menyembuhkan luka dan memberi kesan yang lebih baik. 

Selsema: Vitamin C mengurangkan simptom selsema dan bertindak sebagai antihistamine yang efektik (untuk pengetahuan, ubat selsema dan ubat batuk mengandungi anti-histamine). Jadi, simptom seperti hidung berair, bersin dan sakit-sakit badan dapat dikurangkan. Selain itu, vitamin C turut mengurangkan alahan yang boleh menjadi punca selsema. Dengan mengurangkan paras histamine, vitamin C boleh menyembuhkan selsema dengan lebih cepat. 

 Saya ceritakan pengalaman saya. Saya ambil vitamin Shaklee untuk membantu saya sembuh bersalin dengan baik dan menyusu dengan bertenaga. Ada juga nawaitu nak membanyakkan volume breastmilk sebab nak bagi bayi saya breastfeed tapi saya dapat bonus lain. Sinus saya berkurangan, dan kulit saya pun semakin cantik.



Ini saya punya


Ini Umar punya

Saya ceritakan kisah saya. Kisah sinus saya. Tapi itu semua dah tinggal kenangan sebab saya dah bebas dari sinus. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment