Wednesday 12 February 2014

My First

Nama saya Norliazira Binti Jusoh. Anak ke-5 dari 8 orang adik-beradik. Dilahirkan dalam keluarga sederhana di sebuah kampung di negeri Kelantan. Saya membesar di sana, dalam suasana kampung yang amat menggembirakan. Saya menghabiskan persekolahan juga di kampung berkenaan, sejak dari sekolah tadika, ke sekolah rendah, hinggalah ke sekolah menengah. Walau bagaimanapun, saya berpeluang menamatkan sesi pengajian tinggi di sebuah universiti yang juga terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang dalam bidang Pengajian Perniagaan.

Namun, bidang pekerjaan saya langsung tidak menjurus ke arah itu kerana saya bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat perbankan di Kuala Lumpur. Sebelum itu,sudah banyak pekerjaan yang saya lakukan demi sesuap rezeki yang halal. Kini sudah hampir 6 tahun saya berkhidmat sebagai seorang kerani.  

Kini, setelah berkahwin sejak tahun 2010, saya dikurniakan 2 orang cahayamata lelaki. Dilahirkan pada tahun 2011, Umar Syazwi dan juga 2013, Hud Rahimi. Kelahiran kedua-dua mereka memberikan 1001 kegembiraan kepada kehidupan saya dan suami. Umar dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukannya yang songsang di dalam rahim manakala Hud dilahirkan secara normal. Saya masih lagi bercuti bersalin, namun akan mula kembali bertugas tidak lama lagi. Sedikit sebanyak terasa sedih kerana akan terpaksa meninggalkan kedua mereka di rumah adik saya ketika pergi bekerja.

Saya bersyukur kerana ditemukan dengan Shaklee dan percaya  bahawa pengambilan suplemen sama pentingnya seperti anda makan nasik, tapi suplemen tu mestilah berkualiti. Walaupun pengalaman menggunakan Shaklee hanya lebih kurang setahun,namun saya sangat berpuas hati dengan produk ini.

Walaupun saya pernah membaca kajian saintifik mengenai produk Shaklee, juga sudah membaca banyak sangat testimonial pengguna-pengguna produk ini, namun sekarang saya sendiri sedang cuba-cuba produk Shaklee untuk merasai sendiri kesannya.

Melalui blog ini, saya akan berkongsi bagaimana penggunaan suplemen dapat memelihara kesihatan dan bagaimana bisnes Shaklee mampu memberi pulangan yang berbaloi-baloi kepada anda yang berminat.

Harapan saya dapat memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan melalui:

∞ Pengamalan makanan yang berkhasiat
∞ Senaman yang sederhana
∞ Suplemen yang berkualiti

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp: 0182911768

No comments:

Post a Comment