Wednesday 26 February 2014

Shaklee, Makanan Kesihatan.

Tiada seorang manusia pun dalam dunia ini yang tidak mahu sihat. Kebanyakan kita menganggap yang kita akan sentiasa sihat, sedangkan setiap hari tahap kesihatan kita akan berkurang, dalam sedar atau tidak, tidak kira suka atau tidak.

Setiap orang mahu mengekalkan, malah mahu meningkatkan tahap kesihatan mereka tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Secara logik, untuk mengekalkan tahap kesihatan adalah lebih mudah berbanding meningkatkan kembali setelah ia berkurangan, oleh sebab itulah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Namun, sejauh manakah program pencegahan penyakit dalam komunti kita di Malaysia? Kebanyakan program yang dipanggil pencegahan di Malaysia, malahan di dunia sekali pun adalah untuk mengesan masalah atau penyakit di peringkat awal. Contohnya yang paling senang, individu berumur disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk tekanan darah, dan paras gula atau kolesterol dalam darah. Ujian ini dijalankan untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai penyakit tersebut. Anda telah dilabel sebagai orang berpenyakit dan ubat diberikan. Ubat itu untuk mengawal penyakit anda, tapi bukan untuk menyembuhkan kerana jika anda berhenti makan ubat, maka akibatnya haruslah ditanggung sendiri.


Bagaimana terjadinya penyakit?

Kebanyakan penyakit tidak berjangkit dan kronik terjadi apabila sel-sel badan dirosakkan oleh radikal bebas. Radikal bebas terjadi melalui proses penghasilan tenaga. Dalam jumlah yang sepatutnya, radikal bebas akan merangsang pengeluaran antioksida yang akan meneutralkannya, mengelakkan kerosakan sel. Namun, proses penghasilan antioksida ini memerlukan pelbagai jenis nutrient dan mineral. Selagi keseimbangan antara radikal bebas dan antioksida tercapai, selagi itu sel badan kita akan dilindungi.

Namun, penghasilan radikal bebas semakin meningkat melalui pencemaran, tekanan, sinar UV matahari dan senaman yang berlebihan. Lalu, badan tidak mampu mengeluarkan antioksida yang begitu banyak, maka radikal bebas akan mengambil alih badan kita dan memusnahkan sel lalu mengakibatkan penyakit.

Kerana itulah, kita perlukan antioksida dari luar, iaitu melalui makanan kita. Dalam buah-buahan memang terdapat antioksida juga, namun kita memerlukan hidangan buah setiap hari untuk mendapat manfaat sepenuhnya. Ditambah pula buah yang ditanam di tanah yang kurang subur, penggunaan baja kimia dan racun serangga dan proses pengangkutan dan penyimpanan yang telah mengurangkan vitamin dan zat daripada buah dan sayur tersebut.

Disebabkan itulah alternative yang paling mudah ialah pengambilan vitamin.

Ramuan untuk mengekalkan kesihatan.

1. Senaman yang sederhana

2. Makanan yang seimbang dan berkhasiat

3. Pengambilan suplemen yang berkualiti

Apabila disahkan berpenyakit, sebelum dikawal dengan ubat, saya yakin setiap orang berhak diberi peluang untuk mengubah gaya hidup, tetapi kebanyakan pengamal perubatan tidak percaya pesakit akan gigih mengubah gaya hidup mereka,dan kerana itulah kebanyakan pesakit akan diberi ubat sebaik sahaja penyakit mereka dikesan.

Kalau vitamin bagus sangat, kenapa doktor tak cadangkan makan vitamin pun…?

Di kolej perubatan, pelajar-pelajar tidak diajar mengenai makanan kesihatan secara formal. Bagi mereka, pengambilan makanan seharian adalah cukup untuk mendapatkan vitamin dan zat makanan yang lain. Tapi dengan gaya hidup yang sibuk, makan makanan segera atau makan di restoren dan pengambilan makanan yang tidak seimbang, adakah anda rasa anda mendapat zat makanan yang diperlukan?

Mereka bergantung kepada ujian klinikal dan bukti saintifik sebelum mencadangkan apa-apa ubat, dan kerana dalam buku teks atau jurnal perubatan jarang bercerita tentang kajian saintifik mengenai vitamin maka mereka menganggapnya tidak penting. 

Kenapa Shaklee?



Shaklee merupakan syarikat makanan tambahan semulajadi no 1 di USA dan ditubuhkan lebih daripada 50 tahun.

Produk Shaklee dijamin semulajadi, selamat dan berkesan. Lebih daripada 83,000 ujian kualiti dijalankan keatas produk Shaklee setiap tahun.  Beratus-ratus ujian klinikal telah dijalankan, malahan produk Shaklee juga diktiraf oleh pihak ketiga.


Salah satu tips untuk memilih supplemen yang sesuai untuk anda adalah dengan mengambil kira kajian telus yang dijalankan oleh pihak ketiga. Jangan anggap semua vitamin sama kerana ianya TIDAK!!

Semua suplemen mengaku pelbagai penyelidikan dijalankan, namun menurut pengalaman Dr Bruce Miller hampir 30 tahun lalu, apabila beliau meminta syarikat-syarikat suplemen memberikan jurnal mereka, hanya Shaklee yang memberi respon.

Buatlah pilihan terbaik untuk kesihatan anda kerana ada orang yang mengambil suplemen tapi makin sakit.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768

No comments:

Post a Comment