Wednesday 7 January 2015

Hilangkan Lebam Bawah Mata

Ada ke sesiapa yang mengalami masalah ini? Zaman sekarang kita banyak bekerja di depan komputer sepanjang hari, menyebabkan kesan lebam di bawah mata. Kekurangan rehat dan nutrisi seimbang juga menyebabkan mata kita menjadi penat. Hal ini lama-kelamaan akan menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata.

Bila kesan kehitaman itu muncul, pasti anda berasa agak cuak bukan? Namun, siapa yang harus dipersalahkan? Sekali pandang macam pakai spek pun ada. Maka, beringatlah untuk menjaga kesihatan setiap anggota tubuh kita. 


Andai kata anda bekerja di depan komputer, cubalah pandang ke arah lain 5 minit setiap sejam. Ini untuk merehatkan mata. Mata pun boleh penat kalau dari masuk kerja pkl 9 hinggalah pukul 6 asyik merenung monitor sahaja.

Jika dibiarkan berterusan, makin lama corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap. Perhatikanlah. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak darah yang ada di kawasan bawah mata, itu yang membuatkan warnanya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit muka yang lain.

Maka, bolehlah cuba mengamalkan beberapa cara untuk mengurangkan kesan lebam bawah mata. Senang dan mudah sahaja:

  1. Gunakan timun atau tomato: Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
  2. Minum air kosong: Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Sila jangan lokek dengan diri sendiri. Walaupun hanya air kosong, tetapi banyak manfaatnya pada tubuh.
  3. Sayur-sayuran hijau: Banyakkan makan sayuran hijau dalam menu harian anda. 
Macam senang sahaja kan? Ketiga-tiga cara pun memang kita amalkan setiap hari kecuali point pertama. Namun, tidak salah mencuba. Tidak kenal maka tidak cinta, bila dah terbiasa rasa selesa pula.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment