Sunday 4 January 2015

Kalsium Adalah Untuk Semua Peringkat Umur!

Tahukah anda? 

Kalsium adalah salah satu mineral yang penting namun sering diabaikan. Tulang dan gigi manusia mengandungi 99% kalsium sementara 1% lagi berada dalam darah untuk lain-lain fungsi. Jika kurangnya kalsium dalam darah, maka kalsium dari tulang akan dibebaskan. Kalau lama-lama keadaan berlarutan macam tu, apa nasib tulang kita?

Setiap individu disarankan untuk mengambil kalsium sebanyak 800mg sehari, dan maksimum sebanyak 1500mg sehari.


Sumber kalsium
Tak lain tak bukan, produk tenusu merupakan sumber kalsium terbaik. Contohnya susu, keju dan yogurt. Kalsium juga boleh didapati dalam kekacang seperti badam dan sayur-sayuran hijau. Tidak ketinggalan soya juga merupakan sumber kalsium.


Fungsi kalsium
Semua sudah maklum, kalsium diperlukan untuk kesihatan tulang dan sering dikaitkan dengan pembesaran kanak-kanak. Namun, tanggapan ini salah kerana orang dewasa juga memerlukan kalsium. Selain mineral yang sangat-sangat penting untuk tulang, kalsium juga diperlukan untuk mengawal degupan jantung, pemindahan impuls dalam saraf dan untuk pengecutan otot. Ada juga kajian yang mengaitkan pengambilan kalsium dengan penurunan berat badan, atau berat badan kurang naik dan juga merendahkan tekanan darah.



Siapa perlukan kalsium lebih?
Kajian yang dijalankan di UK menunjukkan 1 daripada 5 wanita remaja dan 1 daripada 8 wanita dewasa mengalami masalah kekurangan kalsium, berkemungkinan akibat pengambilan kalsium yang kurang dalam diet. 

Jika anda sering menderita senggugut, mungkin anda ingin meningkatkan paras kalsium kerana kekurangan mineral ini mengakibatkan sindrom prahaid.

Ibu yang menyusukan bayi mungkin perlukan suplemen kalsium kerana golongan ini disarankan untuk mengambil 1250mg kalsium sehari, yang mana agak sukar jika ingin bergantung kepada makanan semata-mata. 

Persatuan Osteoporosis Kebangsaan mencadangkan pengambilan suplemen kalsium kepada pesakit osteoporosis walaupun sedang menjalani rawatan kerana 1000mg kalsium sehari mungkin dapat menolong pesakit ini.

Sementara itu, Institut Perubatan Amerika mencadangkan pengambilan suplemen kalsium antara 50-1200mg sehari kepada para wanita.

Tips memilih suplemen kalsium
  • Pastikan anda memilih kalsium yang turut mengandungi vitamin D untuk membantu proses penyerapan kalsium. Jika tidak, anda perlu dapatkan vitamin D daripada sumber lain. Kalau dah ada pil kalsium yang turut mengandungi vitamin D, kenapa masih mahu smenyusahkan diri sendiri pula?
  • Makan 500mg kalsium sahaja setiap kali, kerana perut hanya menyerap 500mg kalsium setiap kali. Jadi, jika anda makan lebih 500mg sehari, mungkin boleh makan 2 atau 3 kali sehari. 
  • Secara umumnya, disarankan untuk mengambil suplemen kalsium semasa perut kosong, namun kalsium karbonat adalah bagus untuk diambil dengan makanan kerana memerlukan asid perut untuk memecahkannya.

Langkah berjaga-jaga??

Ada kajian yang mengatakan pengambilan kalsium yang tinggi setiap hari terdedah kepada penyakit jantung dan ada yang kata tidak. Kajian dalam Jurnal Perubatan British mengatakan bahawa wanita yang mengambil suplemen kalsium lebih 1400mg sehari disamping diet kalsium yang tinggi berpotensi untuk mendapat penyakit jantung.

Namun menurut kenyataan daripada Mayo Clinic, kajian itu benar kepada orang yang mengambil pil yang mengandungi kalsium semata-mata, bukan yang digabungkan dengan vitamin D atau dalam multivitamin. Dan kalsium yang didapati dalam makanan juga adalah selamat.

Kajian itu juga tidak mengubah saranan terkini mengenai keperluan suplemen kalsium kepada pesakit osteoporosis atau orang yang mempunyai risiko untuk mendapat osteoporosis. Sebarang masalah, boleh rujuk kepada doktor berdekatan anda.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment