Thursday 8 January 2015

Manfaat Air Putih Kepada Kesihatan

Manfaat air putih untuk kesihatan memang banyak, air putih dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit berbahaya atau mencegah terjadinya penyakit yang tidak diinginkan. Tubuh kita terdiri lebih dari 70% cecair yang menjadikan air putih sangat penting. Manfaat air dalam tubuh kita tentu tidak dapat digantikan. Cecair ini hanya boleh digantikan apabila kita minum air putih mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh iaitu 3 liter setiap hari.


Kegunaan air putih adalah sangat banyak, mungkin terlalu banyak jika ingin dihuraikan satu persatu. Jangan sangka air hanya untuk menghilangkan dahaga sahaja. Lebih daripada itu, air memberi kesan yang positif terhadap kesihatan fizikal kita.

Manfaatnya:

Kepentingan air putih terhadap tubuh manusia memang tidak perlu diragukan lagi, berikut adalah beberapa manfaat air putih yang memainkan peranan penting terhadap kehidupan umat manusia.

  1. Mengelakkan dehidrat atau haus : Inilah manfaat utama air putih iaitu menghilangkan kehausan. Boleh bayangkan apa yang terjadi jika tubuh kita kekurangan air? Tubuh kita akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Jadi, minum lah air putih agar tubuh kita tidak terdehidrat.
  2. Menjaga keseimbangan cecair dalam badan : 70% tubuh manusia terdiri daripada air. Perngambilan air yang secukupnya akan membantu pengaliran nutrisi dalam tubuh, mengawal suhu badan, menghadam makanan dan banyak lagi.
  3. Mengawal kalori dan menurunkan berat badan : Apa kaitannya antara kalori, berat badan, dan air putih? Sila amalkan minum air sebelum  makan, anda akan merasa kenyang dan hasilnya, pengambilan kalori yang kurang akan memberi kesan kepada penurunan berat badan.
  4. Meningkatkan tenaga : Sekiranya anda bersenam tanpa meminum air yang secukupnya, kesan yang boleh diperhatikan adalah anda akan menjadi lelah. Kekurangan air menyebabkan otot tidak dapat berfungsi dengan aik dan menyebabkan kelelahan.
  5. Mengubati pening kepala dan migrain : Jika anda mengalami pening kepala ataupun migrain, banyakkan minum air. Ini kerana kekurangan cecair dalam badan merupakan antara punca migrain dan pening kepala.
  6. Meningkatkan produktiviti : Minum segelas air dapat membantu anda fokus dan mengembalikan tenaga agar kembali cergas.
  7. Meningkatkan sistem peredaran darah : Air dapat membantu meningkatkan dan melancarkan sistem peredaran darah manusia.
  8. Kulit halus dan  cerah : minum air yang cukup dapat mengekalkan kelembapan kulit, menjadikannya sentiasa segar, berseri dan halus.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment