Tuesday 6 January 2015

Petua Rambut Cantik

Percaya ke tidak bahawa rambut yang cantik itu merupakan salah satu faktor untuk meningkatkan self esteem kita sebagai wanita? Sememangnya kita sebagai kaum Hawa diwajibkan bertudung, namun penjagaan rambut agar sihat dan cantik juga perlu!

Bayangkan... 

Wajah kita cantik yang amat. Kulit kita sangatlah halus, sangatlah  mulus. 

Tapi...

Rambut kita serabai?

Apa agaknya perasaan anda? Mestilah malu bukan? Dan yang pastinya mesti akan ade secalit rasa rendah diri kerana agak tidak cukup syarat di bahagian kepala.



Rambut juga seperti tubuh badan, perlu dijaga dan dimanja. Jangan diabaikan, silap haribulan nanti mengalami keguguran rambut bagai, menyesal tak sudah.

Kepada sesiapa sahaja yang menghadapi masalah rambut rosak ke, rambut nampak kusam ke, rambut bercabang ke, saya sarankan cubalah petua ini untuk memperbaiki kerosakan rambut secara semulajadi.

Caranya senang sahaja. Hanya dengan menggunakan pisang. Selain membantu membaikpulih keadaan rambut, ia juga menguatkan akar rambut dan melembutkan rambut anda.

  • 1-2 biji pisang (ini bergantung kepada panjang pendek rambut)
  • minyak almond
  • air soda
Pisang dilenyekkan sehingga hancur, masukkan beberapa titis minyak almond. Gaulkan sebati sehingga berkrim.

Pastikan rambut anda dibersihkan dahulu dengan air bersih. Kemudian sapukan krim pisang tadi ke serata rambut dan biarkan selama 15 minit.

Bilaskan dengan air soda sambil mengurut perlahan rambut dan kulit kepala anda selama lebih kurang 5 minit sebelum dibersihkan dengan air.

Senang? 


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa klik share supaya kawan-kawan pun dapat manfaat juga.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment