Friday 28 March 2014

Tips Makan Untuk Kekal Langsing

Anda suka makan tapi bimbang akan kenaikan berat badan? Jangan takut, ada beberapa cara untuk memastikan badan anda kekal langsing dan slim, tanpa perlu berlapar. Anda boleh makan secara sihat dan menyeronokkan! Apabila dilengkapi dengan gaya hidup aktif, anda akan memperoleh banyak manfaat untuk minda dan tubuh badan anda sepanjang hayat. 



Antara cara-caranya adalah:

  • Makan dengan kerap. Anda masih boleh mengekalkan bentuk badan yang langsing walaupun makan dengan kerap. Namun kuantiti makanan haruslah sentiasa dijaga agar tidak keterlaluan. Pastikan sedikit dan bersederhana sahaja. Cukup untuk membekalkan tenaga. Tidak terlalu kenyang dan tidak pula akan menjadi cepat lapar.


  • Utamakan protein. Menurut kajian dari Purdue University, mereka yang mengambil makanan berprotein tinggi merasa lebih puas dengan makanan mereka dan lambat berasa lapar. Meningkatkan pengambilan sumber protein seperti putih telor, ayam, dan kekacang adalah baik. Malah anda boleh cuba ESP dari Shaklee. Ia merupakan makanan tambahan untuk protein yang sedap dan lazat.


  • Rendah kalori, rendah lemak. Mengamalkan memakan makanan yang mengandungi banyak air seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Ianya bagus dan elok jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.


  • Waktu terbaik untuk minum. Terdapat waktu-waktu tertentu yang mana baik untuk kesihatan badan. Masa yang disarankan adalah pada waktu pagi selepas bangun dari tidur, dan 30 minit setiap kali sebelum makan, setiap hari. Menurut kajian yang dilakukan di Jerman, sekiranya meminum 1.5 liter air putih boleh membantu membakar kalori yang berlebihan di dalam badan anda.
Tetapi, haruslah diingatkan bahawa pemakanan yang baik sahaja tidak mencukupi. Ia perlulah dilengkapi dengan aktiviti fizikal harian. Aktiviti fizikal yang kerap boleh membawa banyak manfaat yang akhirnya akan menjadikan anda sihat secara fizikal dan mental.

Perkara paling penting yang harus diingat adalah pastikan anda semua gembira dan bertenaga, disamping mencapai apa jua matlamat yang diingini dan menghargai kehidupan yang lebih sihat dan lebih bermakna!


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment