Sunday 2 March 2014

Mengurangkan Tekanan @ Stress Dengan Makanan.

Amalan diet seimbang bukan sahaja memastikan kesihatan badan malah turut memastikan kesihatan mental, iaitu perkara yang kerap berlaku kepada orang yang sibuk iaitu tekanan.

Tekanan yang berlebihan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu perasaan, pengurangkan tumpuan dan memberi kesan buruk kepada fungsi semua organ dalam badan termasuk boleh menyebabkan kanser.

Tekanan turut menyebabkan kehilangan atau kekurangan nutrien terutama antioksida, seperti vitamin C, B Complex, magnesium dan kalsium. Akibatnya orang menglami tekanan mudah jatuh sakit, sentiasa keletihan yang melampau walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat dan cenderung untuk mendapat penyakit mental. 

Dalan keadaan tertekan, seseorang cenderung untuk mengalami masalah emosi makan. Iaitu makan ketika tidak lapar atau makan makanan tidak berkhasiat.

Akibatnya, kita lebih cenderung untuk mengambil makanan yang tinggi gula, garam, lemak dan snek yang tidak sihat.

Antara Makanan Yang Membantu Kurangkan Tekanan

Sumber ikan

Ikan yang tinggi kandungan omega-3 membantu menstabilkan hormon kortisol yang yang mengakibatkan tekanan.




Bijirin penuh

Mengandungi karbohidrat kompleks yang merangsang pengeluaran hormon serotonin.
Bijirin penuh kaya dengan vitamin B dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

Aprikot kering

Mengandungi magnesium dan berkhasiat untuk menenangkan otot dari dalam dan turut mengawal atur hormon tekanan.


Kenapa makanan-makanan ini? Sudah tentu kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya seperti antioksida, kalsium dan magnesium serta omega-3 yang dapat mengawal radikal bebas dan mengimbangkan elekrolit atau bahan kimia dalam badan yang menyebabkan tekanan.

Sumber kekacang

Sumber yang kaya dengan vitamin B2 dan E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam rembesan hormon serotonin iaitu hormon yang memberi rasa gembira.
Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan tekanan, manakala vitamin E, antioksida yang dapat mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti penyakit jantung.

Susu

Mengandungi kalsium yang turut memainkan peranan dalam mengawal tekanan

Labu merah dan jambu batu

Sumber yang kaya dengan antioksida termasuk vitamin A dan C yang mengurangkan radikal bebas yang dihasilkan daripada tekanan yang sudah tentu memberi kesan buruk kepada kesihatan badan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768

No comments:

Post a Comment