Monday 17 March 2014

Suplemen Dan Penyusuan Bayi.

Seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, maka anda perlulah memahami bahawasanya vitamin bukanlah satu-satunya cara untuk memperbanyakkan produksi susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh badan ibu senantiasa sihat, bertenaga, ceria, dan terus bersemangat serta secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manjanya.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan si ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu, iaitu:

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAUPUN LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU AKAN DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah ini dengan penuh disiplin dan konsisten.


  1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ataupun bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter dan memastikan dirinya mengambil makanan seimbangdalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manjanya.
  3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangatlah digalakkan bukan hanya ketika membuat sesi perahan atau sedang menyusukan si bayi, tetapi menjadikannya sebagai amalan rutin agar memudahkan untuk mencapai gelombang alfa iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
Fahamilah bahawa sesuatu usaha itu pasti akan membuahkan hasil yang lumayan, lebih-lebih lagi sekiranya kita ikhlas melakukannya, demi anak-anak tersayang. Berusaha, Berdoa, dan Bertawakal lah demi yang terbaik untuk si manja semoga proses tumbesarannya berlangsung dengan baik berbekalkan susu ibu.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768

No comments:

Post a Comment