Saturday 22 March 2014

Petua Susu Ibu Jadi Banyak

Pasti ramai ibu yang mencari cara terbaik nak banyakkan dan tambah susu ibu, terutama apabila susu badan dah berkurangan dari biasa, tatkala ibu sudah kembali bekerja. 

Konsep utama membanyakkan susu ibu adalah dengan cara PENGELUARAN BERKADAR TERUS DENGAN KEPERLUAN.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan? Atau boleh juga disebut sebagai supply vs demand?

Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.

Bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak. Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?



Masih sama. Masih konsep pengeluaran vs. permintaan.

Jadi, dalam usaha nak menghasilkan susu seperti ini, ibu haruslah BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.

  • Melalui hisapan bayi: ini penting terutamanya pada awal kelahiran bayi, sila kerapkan menyusu ketika ini.
  • Mengepam: sama ada menggunakan pam susu ataupun melalui teknik Marmet (menggunakan tangan).

Bagaimana pula dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?

Ibu harus tahu, konsep penyusuan seperti di atas adalah mutlak. Walau bagaimana bagus sekalipun milk booster yang ibu telan, ibu tetap perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.

Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.

Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.

Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh dan mood masing-masing. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan?

Makanlah makanan seimbang, halal, penuh nilai nutrisi dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA.


Kita ikhtiar dan usaha dengan pelbagai cara apabila susu semakin berkurang, jangan cepat mengalah!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment