Tuesday 18 March 2014

Kepentingan Suplemen Untuk Tubuh Badan.

Suplemen atau vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan kita dalam jumlah yang kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan manusia. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen yang lain.


Vitamin adalah antara zat yang membina tubuh kita. Tubuh kita terbina oleh jutaan sel yang membentuk organ dan sebagainya.

Kita mendapat vitamin secara semulajadi melalui makanan kita. Secara amnya, keperluan vitamin kita berbeza setiap orang. Keperluan ini juga agak berbeza bagi setiap bangsa berdasarkan aktiviti, iklim, cuaca dan sebagainya.

  1. Dalam sesetengah situasi, badan kita amat memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang jika dibandingkan dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayur berkenaa.
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Sebagai contoh: Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba terutamanya ketika memasak.
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kandungan kafein, lemak, gula, dan garam akan mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
  5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  6. Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah, dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimianya.
  7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas yang mungkin, menyebabkan pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.
Keadaan inilah yang menyebabkan badan kita memerlukan lebih banyak vitamin demi kesihatan yang optimum.

Walaupun begitu, vitamin BUKAN pengganti makanan. Untuk kesihatan yang baik, menurut Dr Bruce Miller, kita perlukan – makanan seimbang, bersenam, dan suplemen. Menurut Ibn Qayyim, satu lagi perkara adalah kesihatan jiwa. Jadi 4 elemen ni penting untuk menjadi sihat – Makanan, Senaman, Suplemen dan Amalan Kerohanian.

Bila makan vitamin, niatlah supaya menjadi lebih sihat dan menyahut seruan Rasulullah SAW untuk menjadi hamba yang dicintai Allah – insan yang kuat.

Semoga kita lebih banyak bersyukur dari mengeluh. Bila sakit, biasanya lebih mudah mengaduh dari mengucapkan “Alhamdulillah”

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768

No comments:

Post a Comment