Monday 24 March 2014

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Mula-mula kita bercakap tentang “konsep asas penyusuan susu ibu” dulu. Pengeluaran susu ibu adalah dari keperluan yang ada untuk penyusuan tersebut. Oleh kerana itu ibu-ibu disarankan menyusukan bayi secepat mungkin, dalam masa 30 minit selepas kelahiran. Dan kerapkan menyusu.

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan.


Di sini saya senaraikan 11 tips atau langkah yang anda boleh amalkan sepanjang menghadapi cabaran penyusuan:

Kerapkan menyusu atau mengepam
  1. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  2. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  3. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dapat dihasilkan.
  4. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
Minum banyak air
  1. Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
Fikir bayi, fikir susu
  1. Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  2. Ketika hendak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin.
Jangan tunggu payudara penuh
  1. Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Ini salah!
  2. Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  3. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
Berdisiplin
  1. Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Pada waktu hujung minggu jangan ponteng mengepam kerana masa hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk buat stok.
Tendum pumping
  1. Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
Teknik Marmet
  1. Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. Jadi, selepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan menggunakan tangan. Ini sangat membantu. Jika dengan menggunakan pump dapat hasil 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh bertambah menjadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sedikit, tetapi ada perbezaannya.
Menyusu atau mengepam lebih lama
  1. Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  2. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi atau selepas mengepam bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  3. Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x! Tak percaya buat. Konsisten dan disiplin dan istiqamah.
Urutan
  1. Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
Penyusuan malam
  1. Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
Pengambilan suplemen
  1. Digalakkan.
  2. Anda boleh mencuba Set Breastfeeding Shaklee.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Email: norliazirajusoh@gmail.com
SMS / Whatsapp 018-2911768
SID: 1098789

No comments:

Post a Comment